Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya dan Selamat menduduki PMR 2009

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua guru,kakitangan dan pelajar SMK Tandek yang beragama Islam dan semua yang mengenali saya di mana sahaja.Kepada anda semua,saya mohon maaf atas segala perbuatan dan tuturkata yang ketelanjuran.
Kepada para pelajar yang yang bakal menduduki PMR 2009,cikgu ingin mengingatkan kepada anda agar dapat mengulangkaji mata pelajaran kerana anda bakal menduduki peperiksaan ini pada 7 Oktober 2009.

Wednesday, September 16, 2009

Benarkah ilmu hitam itu masih wujud di zaman moden.

Rakan saya yang pernah berguru ilmu persilatan dan ilmu batin di Indonesia,pernag mengatakan kepada saya bahawa ketinggian tahap ilmu persilatan serta ilmu batin lebih tinggi kualitinya di Sabah berbanding dengan Indonesia.Menurutnya,ini dipengaruhi oleh ketinggian Gunung Kinabalu berbanding dengan gunung-gunung yang ada di sana.Sejauh manakah kebenarannya,saya pun tidak pasti.Ini kerana orang Sabah sendiri menganggap bahawa pusat perguruan ilmu persilatan dan ilmu batin termasuk ilmu hitam terdapat di Indonesia.

Persoalannya,sejauh manakah kewujudan perkara-perkara seperti ini masih diamalkan atau masih wujud di zaman moden ini.

Monday, September 14, 2009

Tahniah Pinsan Robert Garatam dan rakan-rakan yang baru dan telah

Pada 14 September 2009,saya mendapat berita bahawa Cikgu Robert Garatam telah mendapat tawaran Guru Cemerlang DG44 dari Kementerian Pelajaran Malaysia.Tahniah dan teruskan usaha gigih kita untuk terus mendidik anak bangsa.Si Aman Robert cakap,kita kerja dulu;ganjaran adalah perkara kedua.Menurut beliau,tanggungjawab mendidik anak bangsa perlu diutamakan dari mengharapakan sangat ganjaran.Sikap gigih dan komitmen beliau diakui oleh semua rakan sekerja.
Kepada rakan lain yang sebelum ini telah dinaikkan pangkat lebih awal juga diucapkan tahniah.Mereka terdiri daripada Cikgu Androd Sadian,Abdul Rahim Tapah,Bonar Majangkin,Kamil Shaari,Lazimin Pansang,Samuel Gohol,Teddy Timbuong,Marinah Lansitim,Zulkifli,Marinah Lansitim,Ag Rohzan,Julan Rumansal dan beberapa orang rakan lagi;sekali lagi diucapkan tahniah.
Setelah berkhidmat selama 21 tahun dalam bidang pendidikan,saya merasakan keperluan untuk berhijrah dari mengajar sepenuh masa kepada menjadi seorang pentadbir atau ke bidang baru atau tahap baru sama ada sebagai guru khas tingkatan 6,guru cemerlang atau sebagainya.Rakan-rakan ada yang memujuk dan mencadangkan bahawa rezeki seseorang adalah berbeza-beza.Sama ada lambat atau cepat dan ada hikmah di sebalik sesuatu peristiwa itu semua.

Sunday, September 13, 2009

Kehilangan rakan mengajar kerana berpindah.

Setelah mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Kertas I STPM ( Kesusasteraan Melayu Tradisional ) semenjak tahun 2004,saya begitu selesa kerana dapat menumpukan perhatian yang baik kepada kertas ini.Ini kerana kertas II iaitu Kesusasteraan Melayu Moden diajar oleh seorang rakan guru yang bernama Cikgu Mastura Yusuf.Tekanan juga agak kurang kerana kami mengajar bersama iaitu dua orang.
Akan tetapi pada awal tahun 2009,dia telah berpindah sekolah kerana mengikuti suaminya di tempat lain.Tempatnya digantikan oleh seorang rakan guru yang kemudiannya berpindah ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu kerana naik pangkat.Saya terpaksa mengambil alih mengajar untuk kertas II;terpaksa pula saya membeli buku rujukan dan membaca teks kerana masih belum pernah membaca serta mengajar bahagian/kertas II ini.
Apa yang saya rasakan ialah kehilangan seorang rakan sekerja dan betapa pentingnya peranan dia sebagai rakan sekerja.Kepada rakan sekerja saya ini,semoga dia berbahagia bersama keluarganya dan perpindahanmu amat dirasakan.

Saturday, September 12, 2009

MENCAPAI USIA 40 TAHUN

Pada 22 Julai 2009 yang lalu,saya telah genap usia 40 tahun.Apa yang saya rasakan,tenaga saya semakin berkurangan dan kecergasan saya juga semakin berkurang.Soalnya,kita masih ghairah untuk melakukan sesuatu tetapi kemampuan sudah berkurang.Walau bagaimanapun,saya masih bersyukur kerana telah mempunyai pekerjaan tetap dan sudah berkeluarga.Pada usia sebegini,tumpuan saya lebih terarah kepada kerjaya dan keluarga.Saya merasakan bahawa keutamaan saya adalah untuk membesarkan anak dengan memberi pendidikan yang sempurna baik dari segi pendidikan formal dan agama.
Saya merasakan juga,apa yang saya sudah miliki dan telah capai sudah agak mencukupi.Antara perancangan yang mungkin saya boleh lakukan ialah membuat persediaan sebelum berpencen dengan mengusahakan sesuatu yang berkaitan dengan pertanian seperti menanam getah,kelapa sawit,buah-buahan dan tanaman lain yang mengunbtungkan.
Apa yang lebih penting ialah kita cuba berusaha untuk memperbaiki diri dan cuba memperbaiki diri untuk berjaya di dunia dan akhirat.Amin.