Saturday, July 17, 2010

Berpindah Tugas dan Kerja ke PPD Kota Marudu

Setelah bertugas sebagai guru di sekolah rendah dan menengah selama 22 tahun,akhirnya saya kini bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu,Sabah pada 15 Julai 2010 sebagai Ketua Unit Jaminan Kualiti.
Sebenarnya saya memulakan kerjaya di sekolah-sekolah berikut:
a). SK Pulau Balambangan,Kudat sebagai Guru Sandaran Tidak terlatih ( GSTT ) bermula pada 5 Mei 1988 sehingga bulan Mac 1989.
b). SK Tagibang,Kota Marudu ( sekolah paling pedalaman sebelum SK Magandai dibuka ) sebagai GSTT sehingga Disember 1992.
c). SK Sampir,Kota Marudu sehingga 1997 sebagai GSTT dan Guru Terlatih.
d). SMK Tandek sehingga 2010.
Dari segi pengalaman saya meniti dari tangga bawah dan semakin maju dalam kerjaya saya.Saya pernah di kawasan pedalaman laut ( Pulau Balambangan ) dan di kawasan pedalaman darat ( Tagibang ).
Saya juga pernah mengajar dari tahun Satu hingga Tahun 6 di sekolah rendah;pernah mengajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam di sekolah menengah.
Saya pernah diejek kerana bertugas di kawasan pedalaman tapi saya bertekad dalam diri saya bahawa saya akan berpindah dari sekolah ini dan akan terus meningkatkan perkembangan kerjaya saya.
Banyak juga pengalaman yang saya kutip hasil kursus,seminar dan penglibatan saya di peringkat,sekolah,daerah,gabungan,negeri dan kebangsaan khususnya dalam bidang mata pelajaran Bahasa Melayu,Sastera,Sukan dan sebagainya.
Semoga saya dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru dan tugas baru ini.