Friday, July 22, 2011

Menyambut Hari Jadi Yang Ke-42

Pada 22 Julai 2011 yang lalu,saya menyambut Harijadi yang ke-42 di rumah saya sendiri.Isteriku,anak-anakku dan adik beradikku serta anak buahku mengadakan sambutan harijadiku secara diam-diam.Sambutan hari lahir ini bukanlah menjadi kebiasaan bagi diri saya kerana dilahirkan dari keluarga susah.Kami tidak mengenal apa itu sambutan harijadi dalam kamus hidup kami semasa kecil.
Saya sebenarnya selalu menjadi pengatur atau mempengerusikan semua majlis harijadi anak-anak buah saya dan yang lain-lainnya.Agak janggal juga apabila saya diuruskan menyambut harijadi.Walau apapun saya ingin mengucapkan terimakasih kepada isteri dan anak-anak saya yang bersusah-payah menyediakan sambutan harijadi seperti ini.Saya sebenarnya lebih suka memberi daripada menerima.
Pada usia sebegini sebenarnya saya lebih tenang,sabar dan merasakan hampir kesemua impian saya tercapai.Inilah berkat usaha dan sokongan isteri dan ahli keluarga yang lain.Juga dipengaruhi oleh gaya hidup sihat saya selama ini.Alhamdulillah,syukur kepada Allah s.w.t.Amin ......

Friday, July 15, 2011

Akhirnya,impianku tercapai ........

Pada 11 Julai 2011 bersamaan dengan hari Isnin,satu lagi detik bersejarah dalam hidupku kulakar buat menghiasi keberadaanku di dunia ini.Aku berjaya membeli dan memiliki lori panjang yang boleh mengangkat muatan seberat 4 ke 6 tan.Panjang loriku lebih kurang 18 ke 20 kaki dan saiz trak yang begini amat sesuai bagiku untuk mengangkat canopy.Sebenarnya saya telah menceburi bidang perniagaan sewaan canopy semenjak bulan Jun 2010 lagi.Sejak itu,niatku untuk membeli lori telah berputik dan sentiasa menjadi bahan ceritaku dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Dengan adanya kenderaan ini juga dapatlah aku memperkembangkan perniagaanku dengan menambah pakej sewaan seperti kerusi,meja,karaoke dan lain-lain lagi seperti pelamin dan sebagainya.Pada masa kini,saya telah pun mempunyai 10 buah canopy yang dilengkapi dengan kemudahan seperti lampu,kipas,pancuran dan extension.
Kepada para pelanggan yang memerlukan kemudahan canopy untuk sebarang majlis kahwin,pertunangan,momukas,kursus dan sebagainya;anda boleh menghubungi kami di talian 010-9549160.Untuk makluman,syarikat kami menyediakan kemudahan menghantar,memasang dan membuka canopy ke tempat anda.Anda sebagai pelanggan cuma perlu menghubungi kami,menunjukkan tempat memasang dan membayar sewa.