Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan MERDEKA

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.Sambutan Hari Raya kita disambut dalam keadaan harmoni tidak seperti beberapa negara lain yang bergolak.Semua ini perlu kita syukuri dan pertahankan serta tingkatkan lagi.Kita boleh bertelagah pendapat dan berbeza fahaman politik tetapi kita harus ketepikan kepentingan diri dan mengutamakan kepentingan negara.
Kali ini sambutan Hari Raya disambut serentak dengan sambutan hari kemerdekaan yang ke-54.Semoga perasaan bersukur kerana dapat melaksanakan rukun berpuasa ini dapat kita semarakkan lagi dengan penuh semangat nasionalisme kerana bernaung di bawah sebuah negara merdeka yang aman dan damai.Kita perlu merdeka dari semua aspek dari segi pemikiran dan tindakan.Selamat menyambut hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dari saya serta keluarga.Salam merdeka untuk semua.

Thursday, August 18, 2011

Promosi Hebat Sewa Canopy.

Saya telah memulakan perniagaan sewa canopy bermula dari bulan Jun 2010.Bermula dengan 2 set canopy kemudian bertambah menjadi 10 set.Saya mengangkat canopy ini dengan menggunakan kereta VIGO saya.Saya sudah lama mengimpikan untuk membeli sebuah lori kerana lebih sesuai untuk mengangkat canopy tersebut.
Dengan azam dan usaha,akhirnya saya dapat membeli lori seberat 5 tan pada bulan Julai 2011.Akan tetapi,lori second hand ini masih dalam proses untuk dibaiki.Walau bagaimanapun saya masih meneruskan perniagaan ini,sempena cuti semester ini kami menyediakan promosi hebat untuk ditawarkan kepada penyewa atau pelanggan.Sebenarnya perkhidmatan sewaan kami ini mencakupi penghantaran,pemasangan dan buka canopy.Kami bersedia memberi perkhidmatan untuk sebarang majlis.Tuan rumah atau penyewa cuma perlu menunjukkan tempat pasang dan membayar kos sewaan canopy sahaja.
Kepada yang memerlukan perkhidmatan ini,sila berhubung dengan saya di no. handphone 0109549160.Ada tawaran istimewa sempena cuti sekolah ini.Siapa cepat dia yang akan mendapat perkhidmatan terlebih dahulu.Wassalam dari saya di bulan ramadhan ini dan Selamat Hari Raya.Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

Thursday, August 4, 2011

Ibadah Puasa Wajib bagi semua umat yang beragama Islam

Hari ini masuk hari yang ke-4,semua umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa.Puasa ini boleh dilaksanakan tanpa sebarang masalah jika kita sihat;asalkan niat kita betul dan ikhlas nescaya kita akan dapat melaksanakan puasa tanpa sebarang masalah.
Semua umat yang akil baligh diwajibkan berpuasa.Bagi kaum wanita mereka terpaksa berehat dari berpuasa seandainya mereka datang haid.Saya amat bersyukur kerana anak-anak saya begitu bersemangat untuk berpuasa.Benarlah seperti yang diungkapkan dalam peribahasa Melayu " Melentur buluh dari rebungnya".Gelagat mereka berpuasa kadangkala menggelikan hati dengan pelbagai pertanyaan sekadar untuk mengetahui dan meyakinkan diri.Semoga ibadah puasa akan dapat menyedarkan kita agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita ada.Semoga ibadah puasa akan memberi kesedaran kepada kita agar dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada golongan kurang berada dengan penuh keikhlasan.Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia.