Wednesday, December 14, 2011

Keperluan berhijrah dan perubahan sikap

Tirai tahun 2011 semakin hampir melabuhkan mentarinya dan akan muncul tahun baru tahun 2012;sebagai manusia biasa kita harus mensyukuri kerana dapat melalui tahun ini walau dengan apa cara serta pencapaian masing-masing.Kita bersyukur kerana diberi umur yang panjang dan peluang untuk terus hidup di muka bumi ini.
Keperluan berhijrah dari sikap bertangguh,pemalas dan tidak mahu bersaing perlu diketepikan serta diperbaiki.Semua ini disebabkan oleh faktor usia,kesihatan dan tidak ada motivasi baru dalam diri.Hijrah sebenarnya perlu berlaku secara terancang,dan didokumentasikan kerana manusia sering menjadi pelupa kerana faktor usia atau faktor semulajadi.Hijrah sikap,pemikiran dan tindakan perlu bagi memastikan kita terus bersaing di muka bumi ini dari segi kerjaya,berkeluarga,bersosial dan pelbagai aspek lain.Apa yang kita pelajari pada masa lalu seringkali tidak sesuai atau tidak releven lagi dengan situasi pada masa kini,Konsep ilmu sentiasa sentiasa berkembang dan berkembang serta perlu disebarkan kepada orang atau generasi secara berterusan.
Kita juga berhadapan dengan kesukaran mengubah sikap yang kurang positif sama ada kita perolehi dari didikan keluarga atau kelemahan diri semuanya boleh diperbaiki jika ada kemahuan dan usaha yang gigih.Sikap adalah sifat yang boleh diubah dan bergantung kepada individu tersebut untuk berubah atau sebaliknya.Tepuk dada tanya selera!
SELAMAT BERHIJRAH DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012