Tuesday, April 24, 2012

Tiga Sebab Mengapa Saya Menceburi Bidang Perniagaan.

Saya bukan peniaga yang berjaya tetapi sedang berusaha ke arah itu.Minat saya untuk menceburi perniagaan telah mula timbul sejak saya berumur awal awal 20-an lagi.Minat ini didorong oleh beberapa faktor berikut:

A. Sembilan persepuluh daripada kekayaan di dunia diperolehi daripada aktiviti perniagaan.
     Maklumat ini saya perolehi ketika belajar mata pelajaran Pendidikan Islam ketika di sekolah menengah.Akan tetapi pada ketika itu,saya tidaklah memahami sepenuhnya maksud sebenar maklumat ini.Diterangkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W juga melakukan aktiviti perniagaan.Kalau dengan jelas telah dinyatakan seperti ini maka tidak salah kita mencuba untuk menceburi bidang ini.

B. Orang Cina menjadi kaya kerana aktiviti berniaga.
      Masyarakat kaum Cina merupakan peniaga yang agak berjaya walau di mana mereka berniaga.Mereka menjadikan aktiviti perniagaan sebagai pekerjaan untuk menyara hidup mereka.Di negara kita,masyarakat Cina menguasai aktiviti ekonomi negara kita melalui perniagaan.Jadi apa salahnya kita menceburi bidang ini yang sememangnya terbukti memberi kebaikan kepada kita.Siapa yang tidak mahu kaya?

C. Masyarakat Melayu dan Bumiputera kurang menceburi bidang ini.
        Laporan terbaru mengenai penguasaan golongan ini dalam kegiatan ekonomi ialah pada sekitar 22.9 % dan pencapaian ini masih jauh lagi untuk mencapai 30 % penguasaan golongan Melayu dan Bumiputera dalam bidang ini.Menyedari keadaan ini,saya mencuba untuk menceburi dan menjadi salah seorang ahli perniagaan yang boleh menjadi inspirasi kepada keluargaku,masyarakatku,dan kaumku untuk menceburi didang ini.