Sunday, March 14, 2010

Cuti Sekolah Peluang Untuk Merapatkan Hubungan Silaturrahim

Cuti yang bermula dari 13 hingga 21 Mac 2010 boleh digunakan untuk merapatkan hubungan persaudaraan.Kalau kita selalu sibuk dengan tugas,peluang ini kita harus gunakan untuk bersama keluarga.Tidak salah kalau kita menziarahi kedua ibu bapa kita dan keluarga mertua.
Melancong beramai-ramai atau secara berkeluarga juga satu idea yang baik.Hubungan keluarga yang akrab penting untuk memastikan institusi kekeluargaan terus berkembang positif.Kita tidak boleh terlalu cerewet dan pentingkan diri barulah kita disenangi oleh anggota keluarga yang lain.

Friday, March 12, 2010

SMK Tandek Tempat Ke-3,Kejohanan Olahraga MSDD Kota Marudu 2010

12 Mac 2010,Kejohanan Olahraga peringkat daerah Kota Marudu telah berakhir dan SMK Tandek telah jatuh ke tempat ketiga dari enam buah sekolah yang bertanding.Jika dilihat dari segi pencapaian tahun-tahun sudah,SMK Tandek semakin merosot dari segi punggutan pingat.
Banyak faktor yang boleh diambilkira menjadi penyebab kemerosotan ini.Walau bagaimanapun,post mortem perlu dilakukan bagi mengkaji serta mengatasi kelemahan yang ada.Kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapapun,apa yang lebih penting kita berbincang dan sama-sama mengatasi masalah ini secara rasiaonal.

Thursday, February 18, 2010

Kursus Dalaman Ko-Akademik Bahasa Melayu Peringkat SMK Tandek,Kota Marudu

Pada 9 Febuarai 2010,Taklimat Ko-Akademik Bahasa Melayu telah diadakan di SMK Tandek.Kursus ini dikendalikan oleh En. George Jod Bungas yang merupakan Pengerusi Teknik Bahasa Melayu peringkat daerah Kota Marudu merangkap Panitia Kesusasteraan Melayu sekolah ini.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua guru Bahasa Melayu,Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Kadazan Dusun mengenai peraturan,cara pengendalian pertandingan dan cara penghakiman bagi aktiviti seperti Bahasa Ala Parlimen,Pidato Diraja,Pesta Pantun,Forum Remaja,Bercerita,Syarahan dan Perkampungan Bahasa Melayu.
Seramai 10 orang guru telah menyertai taklimat ini termasuk Ketua Bidang Bahasa Pn. Editha Samuel.Beliau dalam ucapan penutupannya berharap kursus dalaman seperti ini akan berterusan kerana dapat membolehkan guru-guru mendapat maklumat baru.Beliau juga berterima kasih kepada Tuan Pengetua kerana amat menyokong program-program seperti ini.

Saturday, January 30, 2010

Rezeki Anak Kelima Saya.

Alhamdulillah,ini rezeki saya yang disalurkan melalui anak saya yang kelima.Saya telah lulus PTK aras 4 pada bulan Mac 2009 dan perubahan kenaikan gaji akan dibuat pada bulan Januari 2010.
Saya telah lulus dalam peperiksaan ini bersama-sama dengan 7 orang rakan lain di sesi pagi dan petang iaitu En. Majaron Masial,En. Jefreson Jamilin,En. Abdul Malek Abdullah,En. Mihail Mosulin,Pn Noliah Atin,Pn. Siti Aini Tuah,Pn. Elim Saile dan saya sendiri.Sebenarnya ada beberapa orang lagi yang lulus dalam peperikksaan ini tetapi saya tidak ketahui kerana tidak ada surat penghantar mengenai senarai mereka yang lulus.
Apa-apapun,semoga kelulusan ini akan memberikan kami semangat untuk terus bertugas dengan lebih cemerlang.Bagi En. Abdul Malek Abdullah,beliau berjaya membuktikan bahawa peperiksaan ini boleh dipelajari memandangkan beliau telahpun lulus PTK Aras 2 ke aras 3 bersama dengan Pn. Noliah Atin.Tahniah untuk semua.

Saturday, January 23, 2010

Mat Salleh Juara !!!

Tanggal 22 Januari merupakan hari bersejarah buat Rumah Sukan Mat Salleh kerana dinobatkan selaku juara kejohanan sukan olahraga kali ke-22.Apa yang lebih membanggakan,Mat Salleh menjadi juara buat kali ketiga berturut-turut semenjak dari tahun 2008.
Kemenangan Mat Salleh begitu sengit kerana penentuan juara melibatkan hingga ke acara akhir.Mat Salleh menang kepada Rentap hanya dengan kelebihan pingat perak.
Apa yang lebih membanggakan,Rentap mendahului pada hari pertama dengan kelebihan 5 pingat emas manakala pada hari kedua mereka mendahului dengan 2 pingat emas.Akan tetapi mereka telah kalah pada hari terakhir.
Tahniah kepada Ketua Rumah Sukan Mat Salleh,En. Sungson Gantar,En. Arshad Alwi,Pn. Rinawati Maikol dan semua guru serta ahli rumah sukan Mat Salleh kerana memberikan kerjasama yang begitu baik.
Sesungguhnya Mat Salleh telah mencipta sejarah kerana kemenangan hatriknya.Guru rumah sukan Mat Salleh juga telah menjuarai Relay 4 X 100 antara guru-guru.
Kita berasa kasihan dan simpati dengan rumah sukan Mat Kilau yang mencipta sejarah yang kurang manis kerana langsung tidak memperolehi pingat emas.Guru dan ahli rumah sukan Mat Kilau perlu melakukan post mortem untuk memperbaiki keadaan ini.
Selamat berjuang untuk tahun 2011.

Tuesday, January 19, 2010

Kejohanan Sukan Olahraga Ke-22 SMK Tandek

Kejohanan ini akan berlangsung dari 19 hingga 21 Januari 2010.Pada hari pertama Rentap mendahului dengan 13 pingat emas diikuti oleh Mat Salleh dan Dol Said sebanyak 8 pingat emas.Mat Kilau nampaknya masih belum memperolehi sebarang pingat emas setakat ini.
Persaingan pada hari kedua sememangnya akan menjadi lebih sengit dan merupakan hari penting untuk mengejar punggutan emas dan menjarakkan punggutan.Mat Salleh selaku juara bertahan selama 2 tahun agak tertekan kerana agak ketinggalan setakat ini.Mat Salleh mengimpikan kejuaraan buat kali ketiga.Semua ini bergantung kepada kerjasama semua guru dan atlet serta strategi pasukan dalam setiap acara yang dipertandingkan.
Untuk semua warga SMK Tandek selamat bertanding !!!

Monday, January 11, 2010

Sibuk Pada Awal Tahun

Sebaik sahaja bermula tahun 2010,saya dan keluarga untuk membuat persediaan anak pergi ke sekolah semula.Apa yang menarik,anak saya yang sulung akan memasuki ke Tingkatan Satu.Barulah saya sedar yang saya semakin berusia dan punya tanggungjawab yang semakin besar.
Anak saya yang kedua pula akan memasuki ke Tahun 4,anak ketiga akan masuk ke Tahun 2 dan yang keempat akan masuk ke Tadika Satu.Perbelanjaan pakaian dan peralatan mereka boleh tahan juga.Nasiblah kita ada kedai murah seperti More Chance,YL dan Su Chung.
Walau bagaimanapun,saya bersyukur kerana dapat menyediakan keperluan mereka dan dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.Selamat Tahun Baru Untuk Semua Yang Mengenali Saya Di Seluruh Dunia.