Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya.Maaf Zahir dan Batin ungkapan keramat di bulan Ramadhan ini.Oleh kerana sibuk dengan urusan kerja,keluarga dan itu serta ini;peluang untuk kita berjumpa menjadi semakin terhad.Kehadiran kemudahan facebook,email,twitter,blog dll menjadi medium untuk berhubung.
Pada kesempatan ini,saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika tersilap perbuatan dan tuturkata sama ada sengaja atau tidak.Almaklumlah sebagai insan biasa kita mempunyai banyak kelemahan walaupun kita cuba berbuat yang baik-baik sahaja.
Doa kemaafan kupanjatkan buat Allah Subhanallah yang sentiasa memberi ruang dan peluang untuk hidup seketika di dunia ini,kepada ibu bapaku walaupun berlainan agama tanpa kalian siapalah saya,kepada isteri tercinta yang sentiasa bersamaku dalam senang dan susah,kepada anak-anak tersayang,kepada adik beradikku,saudara maraku yang beragama Islam mahupun bukan dan kepada semua yang mengenali saya.
Kepada semua bekas pelajarku sejak tahun 1988 di SK Pulau Balambangan,Kudat,SK Tagibang ( 1989 hingga 1992 ),di SK Sampir ( 1992 hingga 1997 ) dan di SMK Tandek ( 1997 hingga 2010 ) maaf segala kesalahan cikgu.Kepada yang berjaya dalam bidang akademik saya ucapkan tahniah.Kepada yang tidak berjaya;ada banyak pintu rezeki yang kita boleh terokai asalkan kita sentiasa berusaha.
Apa-apapun,Selamat Hari Raya untuk semua bagi tahun 2010.Wassalam.

Friday, August 27, 2010

Alhamdulillah ! Syukur,saya sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan tugas baru saya.

Selelah berada dan bekerja di PPD lebih kurang sebulan lebih,saya sudah mula dapat menyesuaikan diri.Kawan-kawan yang sudah lama bekerja tidak lokek untuk menunjukajar.Berkat sifat saya yang rajin bertanya dan tidak malu-malu,saya dapat mempelajari sesuatu dengan cepat.

Saya juga bersyukur dengan PPD yang rajin,berpengalaman dan berpandangan jauh.Jika semua kakitangan Pejabat PPD dan semua guru,Guru Besar,Pengetua dan semua pihak bekerjasama maka kita akan mampu menguruskan perkara berkaitan pendidikan dengan baik dan

Friday, August 13, 2010

Masih menyesuaikan diri dengan tugas baru.

Setelah bertugas selama lebih kurang sebulan di pejabat,saya masih menyesuaikan diri dengan kerja-kerja di pejabat.Memang banyak pengalaman baru yang yang saya lalui di sini.Saya amat berterima kasih dengan semua rakan sekerja yang sedia membantu jika saya memerlukan bantuan.
Saya memang mahu bekerja dengan baik dan menepati keperluan,tetapi saya masih baru dan belum tahu sangat menyiapkannya.Takut nanti tersilap dan sebagainya.Terpaksalah saya merujuk staf lama dan Tuan Pegawai yang begitu berpengalaman.
Ada pula kerja yang perlu disiapkan dengan segera,mesyuarat yang memakan masa berjam-jam dan sebagainya.Walau apapun,saya akan terus bertahan di sini dan akan terus memperbaiki diri.

Saturday, July 17, 2010

Berpindah Tugas dan Kerja ke PPD Kota Marudu

Setelah bertugas sebagai guru di sekolah rendah dan menengah selama 22 tahun,akhirnya saya kini bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu,Sabah pada 15 Julai 2010 sebagai Ketua Unit Jaminan Kualiti.
Sebenarnya saya memulakan kerjaya di sekolah-sekolah berikut:
a). SK Pulau Balambangan,Kudat sebagai Guru Sandaran Tidak terlatih ( GSTT ) bermula pada 5 Mei 1988 sehingga bulan Mac 1989.
b). SK Tagibang,Kota Marudu ( sekolah paling pedalaman sebelum SK Magandai dibuka ) sebagai GSTT sehingga Disember 1992.
c). SK Sampir,Kota Marudu sehingga 1997 sebagai GSTT dan Guru Terlatih.
d). SMK Tandek sehingga 2010.
Dari segi pengalaman saya meniti dari tangga bawah dan semakin maju dalam kerjaya saya.Saya pernah di kawasan pedalaman laut ( Pulau Balambangan ) dan di kawasan pedalaman darat ( Tagibang ).
Saya juga pernah mengajar dari tahun Satu hingga Tahun 6 di sekolah rendah;pernah mengajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam di sekolah menengah.
Saya pernah diejek kerana bertugas di kawasan pedalaman tapi saya bertekad dalam diri saya bahawa saya akan berpindah dari sekolah ini dan akan terus meningkatkan perkembangan kerjaya saya.
Banyak juga pengalaman yang saya kutip hasil kursus,seminar dan penglibatan saya di peringkat,sekolah,daerah,gabungan,negeri dan kebangsaan khususnya dalam bidang mata pelajaran Bahasa Melayu,Sastera,Sukan dan sebagainya.
Semoga saya dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru dan tugas baru ini.

Tuesday, June 15, 2010

Piala Dunia Satu Fenomena

Sesungguhnya Piala Dunia merupakan satu fenomena yang melanda di seluruh dunia.Bayangkan seluruh penduduk di muka bumi ini menumpukan kepada satu perkara yang menampilkan kemahiran dari segi skil permaianan individu,teknikal bermain,semangat berpasukan dan pelbagai lagi aspek diperlihatkan.
Bagi pemain yang terlibat,ini adalah ruang untuk berbakti kepada negara mereka dan medan untuk menunjukkan bakat untuk dipancing oleh kelab-kelab ternama dunia yang menjanjikan gaji yang lumayan.Bagi negara yang menang pula,mereka akan berbangga kerana pada tahun 2010 ini dan empat tahun lagi iaitu sehingga 2014,mereka akan menjadi sebutan serta tumpuan.Rasa bangga di kalangan semua penduduk negara tersebut memang menggembirakan mereka kerana menjadi juara.
Bayangkan jika negara kita menjadi juara dunia untuk permainan bolasepak ini.Seronokkan.Walau bagaimanapun kita perlu perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai hasrat ini.Akan tetapi,kita perlu berbangga dengan pencapaian kita dalam permaianan badminton dan squash kerana kita berjaya melahirkan pemain yang menjadi No. 1 di dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David.

Thursday, June 10, 2010

Memasang Khemah Dalam Hujan.

Sudah dua hari saya dan anak-anak buah memasang canopy dalam hujan lebat.nasib baik tidak ada kilat.Cuaca tiba-tiba berubah,hujan turun mungkin sebagai rahmat kepada semua penanam padi di Sabah khususnya dan amnya di Malaysia serta di seluruh dunia.Rahmat ini turut dinanti-nantikan oleh mereka yang mengharapkan sumber air untuk menjalankan aktiviti harian mereka.
Apa-apapun,saya seronok memasang canopy walaupun dalam keadaan hujan.Anak-anak buah saya begitu sporting dan sentiasa memberi kerjasama.Terimakasih.Semoga rezekiku sentiasa berterusan dan boleh digunakan untuk tujuan yang baik.

Thursday, June 3, 2010

Alhamdulilah Bisnes Baruku Semakin Maju.

Tidak sangka pula bisnesku semakin maju.Alhamdulilah!Setelah menceburi bidang jualan langsung dan jualan insurans sebelum ini;saya mengakui bahawa bidang perniagaan ini bukan bidang saya.Saya sentiasa mencari peluang untuk terus menceburi bidang perniagaan ini.
Syukur kepada Tuhan kerana membuka pintu rezeki ku untuk menemui bidang perniagaan ini.Tempahan semakin banyak hingga saya tidak dapat memenuhi permintaan.Musim cuti sememangnya musim kahwin,musim merapatkan hubungan silaturrahim.Terima kasih kawan-kawan kerana membantu saya untuk mempromosikan bisnes saya ini.