Monday, November 1, 2010

Salam maaf buat calon STPM 2010 ;SMK Tandek

Salam maaf ini saya tujukan buat pelajar 6 Atas Sastera SMK Tandek yang bakal menduduki peperiksaan pada 23 November ini.Cikgu tidak ada masa untuk meneliti dan mencari soalan tahun-tahun lepas kerana kesibukan bekerja.
Jika cikgu berkesempatan,cikgu akan cuba datang ke sekolah sebelum menjelang peperiksaan untuk kerta Kesusasteraan Melayu tersebut.Tolong doakan cikgu agar dapat menjumpai catatan soalan-soalan tahun lepas yang masih belum cikgu temui sehingga kini.Tolong doakan juga agar cikgu diberi masa untuk menelaah soalan-soalan tersebut agar boleh dijadikan panduan kepada calon SPM dan STPM tahun ini.

Friday, October 29, 2010

Kesihatan Anugerah Tuhan Atau Amarannya Kepada Umatnya

Sihat dan sakit merupakan dua perkara yang berbeza dan bertentangan.Jika kita sihat kita akan gembira dan bebas melakukan apa sahaja aktiviti tanpa ada sekatan atau halangan.Tapi apa yang berlaku kita sering lalai untuk berpantang makan dan melakukan sesuatu sehingga melakukan sesuatu yang boleh menjejas serta memudaratkan kesihatan kita.
Apabila kita sakit;mood dan pergerakan kita terbatas.Pada ketika ini barulah kita menyedari kepentingan kita menjaga kesihatan.Mungkin juga kita kurang pengetahuan dalam menjaga kesihatan atau kita terlalai atau sengaja tidak mahu menjaga kesihatan.Seperkara lagi,kita sebenarnya diberikan sakit untuk menguji keimanan dan mengingatkan kita atau menyedarkan kita.Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Mesyuarat Post Mortem Seminar Integriti Warga Pendidik di Kuching,Sarawak

Pada 20 hingga 22 Oktober yang lalu saya berpeluang ke Sarawak untuk mewakili PPD Kota Marudu untuk menghadiri mesyuarat ini.Peluang ini saya gunakan sebaik-baiknya untuk menimba pengalaman.
Sarawak khususnya bandaraya Kuching yang saya saksikan sememangnya berkembang pesat dan pembangunannya terancang serta tersusun rapi.Kesesakan lalulintas tidaklah seteruk kesesakan di Kota Kinabalu.Tidak kelihatan pendatang asing di bandar ini.Ini disebabkan oleh para pemimpin di negeri ini berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
Industri tempatan yang diusahakan oleh penduduk tempatan juga ada seperti perusahaan kek lapis,ikan terubuk,kayu gambir,sutera Sarawak,kain sarawak dan banyak lagi hasil kraf dapat dikomersilkan serta memberi pendapatan yang lumayan kepada penduduknya.
Apa-apapun,tahniah kepada para pemimpin Sarawak yang dapat membina negerinya mengikut acuannya sendiri.Mungkin kita perlu mempelajari sesuatu dari Sarawak.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya.Maaf Zahir dan Batin ungkapan keramat di bulan Ramadhan ini.Oleh kerana sibuk dengan urusan kerja,keluarga dan itu serta ini;peluang untuk kita berjumpa menjadi semakin terhad.Kehadiran kemudahan facebook,email,twitter,blog dll menjadi medium untuk berhubung.
Pada kesempatan ini,saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika tersilap perbuatan dan tuturkata sama ada sengaja atau tidak.Almaklumlah sebagai insan biasa kita mempunyai banyak kelemahan walaupun kita cuba berbuat yang baik-baik sahaja.
Doa kemaafan kupanjatkan buat Allah Subhanallah yang sentiasa memberi ruang dan peluang untuk hidup seketika di dunia ini,kepada ibu bapaku walaupun berlainan agama tanpa kalian siapalah saya,kepada isteri tercinta yang sentiasa bersamaku dalam senang dan susah,kepada anak-anak tersayang,kepada adik beradikku,saudara maraku yang beragama Islam mahupun bukan dan kepada semua yang mengenali saya.
Kepada semua bekas pelajarku sejak tahun 1988 di SK Pulau Balambangan,Kudat,SK Tagibang ( 1989 hingga 1992 ),di SK Sampir ( 1992 hingga 1997 ) dan di SMK Tandek ( 1997 hingga 2010 ) maaf segala kesalahan cikgu.Kepada yang berjaya dalam bidang akademik saya ucapkan tahniah.Kepada yang tidak berjaya;ada banyak pintu rezeki yang kita boleh terokai asalkan kita sentiasa berusaha.
Apa-apapun,Selamat Hari Raya untuk semua bagi tahun 2010.Wassalam.

Friday, August 27, 2010

Alhamdulillah ! Syukur,saya sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan tugas baru saya.

Selelah berada dan bekerja di PPD lebih kurang sebulan lebih,saya sudah mula dapat menyesuaikan diri.Kawan-kawan yang sudah lama bekerja tidak lokek untuk menunjukajar.Berkat sifat saya yang rajin bertanya dan tidak malu-malu,saya dapat mempelajari sesuatu dengan cepat.

Saya juga bersyukur dengan PPD yang rajin,berpengalaman dan berpandangan jauh.Jika semua kakitangan Pejabat PPD dan semua guru,Guru Besar,Pengetua dan semua pihak bekerjasama maka kita akan mampu menguruskan perkara berkaitan pendidikan dengan baik dan

Friday, August 13, 2010

Masih menyesuaikan diri dengan tugas baru.

Setelah bertugas selama lebih kurang sebulan di pejabat,saya masih menyesuaikan diri dengan kerja-kerja di pejabat.Memang banyak pengalaman baru yang yang saya lalui di sini.Saya amat berterima kasih dengan semua rakan sekerja yang sedia membantu jika saya memerlukan bantuan.
Saya memang mahu bekerja dengan baik dan menepati keperluan,tetapi saya masih baru dan belum tahu sangat menyiapkannya.Takut nanti tersilap dan sebagainya.Terpaksalah saya merujuk staf lama dan Tuan Pegawai yang begitu berpengalaman.
Ada pula kerja yang perlu disiapkan dengan segera,mesyuarat yang memakan masa berjam-jam dan sebagainya.Walau apapun,saya akan terus bertahan di sini dan akan terus memperbaiki diri.

Saturday, July 17, 2010

Berpindah Tugas dan Kerja ke PPD Kota Marudu

Setelah bertugas sebagai guru di sekolah rendah dan menengah selama 22 tahun,akhirnya saya kini bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu,Sabah pada 15 Julai 2010 sebagai Ketua Unit Jaminan Kualiti.
Sebenarnya saya memulakan kerjaya di sekolah-sekolah berikut:
a). SK Pulau Balambangan,Kudat sebagai Guru Sandaran Tidak terlatih ( GSTT ) bermula pada 5 Mei 1988 sehingga bulan Mac 1989.
b). SK Tagibang,Kota Marudu ( sekolah paling pedalaman sebelum SK Magandai dibuka ) sebagai GSTT sehingga Disember 1992.
c). SK Sampir,Kota Marudu sehingga 1997 sebagai GSTT dan Guru Terlatih.
d). SMK Tandek sehingga 2010.
Dari segi pengalaman saya meniti dari tangga bawah dan semakin maju dalam kerjaya saya.Saya pernah di kawasan pedalaman laut ( Pulau Balambangan ) dan di kawasan pedalaman darat ( Tagibang ).
Saya juga pernah mengajar dari tahun Satu hingga Tahun 6 di sekolah rendah;pernah mengajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam di sekolah menengah.
Saya pernah diejek kerana bertugas di kawasan pedalaman tapi saya bertekad dalam diri saya bahawa saya akan berpindah dari sekolah ini dan akan terus meningkatkan perkembangan kerjaya saya.
Banyak juga pengalaman yang saya kutip hasil kursus,seminar dan penglibatan saya di peringkat,sekolah,daerah,gabungan,negeri dan kebangsaan khususnya dalam bidang mata pelajaran Bahasa Melayu,Sastera,Sukan dan sebagainya.
Semoga saya dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru dan tugas baru ini.