Tuesday, April 19, 2011

Pilihanraya Sarawak

Keputusan pilihanraya Sarawak bukanlah sesuatu keputusan yang amat menggembirakan pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.Walaupun mereka menang,pihak kerajaan tidak berani untuk mengadakan PRU ke-13 kerana keputusan pilihanraya jelas membayangkan pengaruh DAP dan PKR semakin bertambah.
Oleh itu,pihak kerajaan masih perlu melakukan sesuatu dengan bekerja lebih keras bagi memenangi hati pengundi.Mungkin apa yang telah dilaksanakan dan dilakukan oleh pihak kerajaan belum cukup dan perlu ditingkatkan lagi.
Ada juga kebaikan adanya pihak pembangkang kerana mereka boleh menegur dan menyeimbangkan kuasa yanng ada pada pihak kerajaan.Jika pihak pembangkang tidak kuat;pihak kerajaan mungkin tidak akan bekerja keras untuk memajukan negara dalam semua aspek.
Apa-apapun,pihak kerajaan dan pihak pembangkang mempunyai peranan masing-masing.Bezanya di negara kita,pihak pembangkang belum pernah menewaskan pihak kerajaan.Kepada semua parti politik dan ahli politik,apapun yang anda lakukan kita berharap anda lebih mengutamakan kepentingan negara dari kepentingan diri dan pati.Selamat berpolitik.

Saturday, April 9, 2011

Negara Islam Perlu Pembaharuan.

Pada awal tahun 2011,kita dikejutkan dengan suasana tidak aman di Mesir.Mesir yang dianggap sebagai negara Islam yang menjadi pusat atau tumpuan pelajar Islam dari seluruh dunia untuk menyambung pelajaran di sana termasuk negara kita Malaysia.
Ekoran dari pergolakan di Mesir,pergolakan di Tunisia,Bahrain dan beberapa lagi negara Islam seolah-olah satu fenomena yang agak membawa petaka kepada negara serta imej orang Islam di seluruh dunia.Kekacauan terbaru di Libya menunjukkan bahawa para pemimpin,pemikir,cendikiawan,tokoh agama Islam di seluruh dunia perlu memikirkan sesuatu yang benar-benar dapat mengatasi masalah yang berlaku di kalangan negara Islam ini.
Kita tidak boleh menuding jari kepada pihak Barat semata-mata untuk menutup kelemahan kita.Kita harus mengakui bahawa di kalangan kita asyik bersengketa dan tidak bersatu padu.Ketebalan semangat berpuak seolah-olah menjadi satu masalah kepada negara-negara Islam.Semangat berpuak-puak ini telah mengenepikan semangat bersatu-padu atas nama Islam.
Para pemimpin negara Islam juga perlu mengubah corak pemerintahan dengan mengadakan pilihanraya bagi memilih pemimpin yang baru.Jika kita kaji,Hosni Mubarak berkuasa di Mesir selama 31 tahun dan menyebabkan rakyatnya bangkit memberontak untuk menuntut perubahan.Begitu juga yang berlaku di Libya di mana Muammar Gadafi berkuasa lebih kurang 40 tahun,rakyatnya juga bangkit menuntut pembaharuan dilakukan di negara mereka.Sayangnya,Muammar Gadafi tidak dapat menerima kenyataan ini dan kurang peka dengan kehendak rakyatnya.Seringkali berlaku,apabila kita terlau lama pada satu-satu jawatan akan menyebabkan dua akibat yang berlaku.Pertama,jangkamasa yang lama ini menjadikan kita semakin bertambah baik dan terus baik sehingga menjadi role model.Akan tetapi,jika perkara yang berlaku adalah sebaliknya maka kita akan menjadi statik dan akan menimbulkan kelemahan serta rasa tidak puas hati di kalangan orang bawahan kita lebih-lebih lagi jika kita tidak dapat menyesuaikan dengan keperluan semasa mereka.

Hidup perlu sentiasa bermotivasi dan berubah.

Saban hari kita merasakan kita asyik menginginkan itu dan ini.Kita merasakan keperluan dan keinginan kita sentiasa serta perlu dipenuhi.Jika ikutkan hati,kita mahu semua.Kita mahu sapu semua.Kita mahu diri kita menjadi yang terbaik dengan memenangi semua gelaran yang baik-baik.Akan tetapi,secara hakikatnya impian kita itu agak sukar untuk dipenuhi.Semua itu adalah khayalan dan kita perlu realistik dengan kemampuan dan keupayaan kita.
Walau bagaimanapun,kita perlu sentiasa bermotivasi untuk melakukan apa sahaja yang hendak kita lakukan.Kita mesti melakukan atau menyiapkan sesuatu dengan cara yang paling baik agar dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik.Kita juga harus sentiasa berubah dari segi pemikiran,perbuatan,perlakuan,tindakan dan sebagainya.Citarasa makanan,fesyen pakaian dan peralatan lain juga sentiasa berubah.Kita harus mengikuti perubahan tapi masih mempertahankan nilai-nilai budaya timur yang baik disamping ajaran agama masing-masing.

Sunday, March 27, 2011

Memantau Audit Susulan Ke-11 buah sekolah.

Dalam 2 minggu ni,21 - 31 Mac 2011 kami sibuk untuk memantau ke 11 buah sekolah untuk dijadikan benchmark atau penanda aras bagi daerah kota Marudu selepas pelaksanaan Sistem Pengurusan dan Pembelajaran yang diperkenalkan oleh daerah ini diperluaskan kesemua PPD di seluruh Sabah.
Setakat ini kami telah melawat 5 buah sekolah iaitu SK Lampada,SK Masolog,SK Timbang Batu dan SK Ranau.Audit ini bertujuan untuk memastikan sekolah ini bersedia untuk dilawati oleh PPD lain di Sabah untuk melihat pelaksanaan sistem ini.

Monday, March 14, 2011

Berceramah di Pejabat Pelajaran Nabawan.

Pada 14 Mac 2011,saya dan En. Rosmin Ijum telah dijemput memberikan taklimat sehari di SMK Nabawan kepada semua staf PPD Nabawan,Guru Besar dan Penolong Kanan di PPD ini.Kami sebenarnya dikehendaki berkongsi maklumat berkaitan Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran yang dicipta oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu dan diperluaskan ke seluruh PPD di Sabah.
Oleh itu,kami dijemput untuk memberi penerangan bagaimana sistem ini diuruskan dan dilaksanakan.Kami amat berbangga dan apa yang lebih penting ialah kesan pelaksanaan sistem ini terhadap pelajar dari segi pencapaian akademik,komitmen guru dan pentadbir serta kesannya terhadap seluruh sistem pendidikan di daerah Kota Marudu mahupun di seluruh Sabah kelak.
Terima kasih kepada PPD Nabawan atas jemputan dan layanan anda semasa kami berada di sana.Semoga kita dapat memartabatkan mutu pendidikan pada tahap yang amat membanggakan dan memberi kebaikan kepada semua pihak.

Tuesday, February 22, 2011

Penyakit Gout dan Cara Merawatnya.

Saya mula mengalami penyakit Gout ini semenjak berusia 32 tahun.Sejak dari itu,saya amat tersiksa tidak dapat berjalan atau bergerak kerana bengkak yang berlaku di bahagian sendi.Lazimnya,bengkak tersebut akan berlaku di bahagian kaki hingga menyebabkan kita tidak dapat bergerak atau berjalan.Sebenarnya saya telah berusaha untuk mengubati penyakit ini dengan pelbagai ubat-ubatan tradisional mahupun moden.Malangnya penyakit ini berulang semula dan amat menyakitkan.Kaedah suntikan juga pernah saya gunakan pada awal saya mengalami penyakit ini.Akan tetapi,kaedah ini memberi kesan yang tidak baik kerana akan melemahkan tenaga batin seorang lelaki dan boleh merosakkan buah pinggang.
Pelbagai ubatan tradisional juga saya cuba apabila rakan-rakan menyarankan kepada saya.Begitu juga ubatan moden sama ada saya ketahui melalui internet mahupun dari ahli keluarga serta rakan-rakan.Namun semua itu tidak benar-benar dapat menyembuhkan penyakit ini.Setelah mencuba kaedah suntikan,saya beralih kepada makan pil dari klinik sahaja.Akan tetapi,kebanyakan daripada para doktor seolah-olah tidak dapat mencadangkan kaedah yang sesuai untuk mengubati penyakit ini dan ada juga yang mengambil peluang untuk melariskan ubat-ubatan mereka atau mereka juga mungkin bukan pakar dalam bidang ini.saya juga mencuba sejenis pil dari kedai ubat Cina tetapi tidak berkesan.
Akhirnya saya telah mengambil sejenis pil penahan sakit ( paint killer kalau tidak silap ) dan mengamalkannya dalam beberapa tahun.Akan tetapi,penyakit ini berulang semula dan seolah-olah pil penahan sakit ini akhirnya sudah tidak mujarab lagi.Mujurlah saya rajin minum air yang banyak bagi tujuan meneutralkan Asid Urik yang ada dalam tubuh saya.Sebenarnya,kandungan normal Asid Urik dalam tubuh manusia ialah sekitar 155 hingga 428.Akan tetapi,apabila kandungan Asid Urik anda mencapai pada angka 400,keadaan anda akan menuju ke arah gejala penyakit ini.
Setelah mengalami penyakit ini selama 10 tahun pada tahun 2011 ini,akhirnya saya membuat sedikit kajian dan muhasabah diri untuk mengetahui apakah sebab penyakit ini menyerang saya.Sebenarnya,saya mula bertugas di SK Pulau Balambangan selama 1 tahun,di SK Tagibang selama 4 tahun dan di SK Sampir selama 5 tahun;apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah tabiat makan saya selama bertugas di sekolah pedalaman ini jika dijumlahkan selama 10 tahun.Ketika saya bertugas di kawasan pedalaman,tabiat makan saya kurang baik dan dipengaruhi oleh sikap malas dan kesukaran mendapat bekalan makanan serta tidak ada kedai makan yang berhampiran.Pada ketika itu,kebanyakan dari kami akan membeli secara pukal/banyak tiga jenis makanan iaitu Ikan Sardin,Maggi dan Telur secara tetap setiap bulan dan sepanjang tahun.Ini kerana kami malas memasak dan tidak ada pasar ikan atau pasar sayur yang berdekatan,almaklumlah di kawasan pedalaman.Jika dikaji,Ikan Sardin mengandungi kandungan Asid yang tinggi dan menyumbang kepada gejala penyakit ini.Maggi pula yang cepat dimasak dan sedap dimakan mengandungi garam yang tinggi.Manakala telur pula mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi.Gabungan ketiga-tiga jenis makanan inilah yang menyumbang kepada penyebab sakit Gout saya.Walau bagai manapun,faktor kurang bersenam dan obesiti juga turut menyumbang kepada faktor penyakit ini.Jika anda aktif dalam bidang sukan dan mengalami kecederaan di bahagian kaki,risiko untuk mendapat penyakit ini amat tinggi.Anda tidak dapat bersenam dan badan anda akan menjadi gemuk kerana tidak ada aktiviti fizikal/senaman yang berterusan setelah mengalami kecederaan.
Apapun penyebabnya,saya teringat kata-kata seorang rakan karib saya yang mengatakan bahawa inilah balasan dosa kita di dunia dan ujian kepada kita.Kita harus menerima hakikat bahawa ini adalah ujian Allah kepada kita dan kita harus redha tetapi mesti berusaha untuk mengatasinya.Memang ada hikmah jika kita mengalami penyakit ini.Setiap penyakit ada ubatnya kecuali maut/mati.
Akhirnya,pada 17 Febuari 2011 yang lalu saya telah ke Hospital Kota Marudu dan memeriksa kandungan Asid Urik saya dalam darah dan mendapati kandungannya sebanyak 518 dan memang tinggi.Saya telah diberikan ubat menghilangkan bengkak dan ubat Gout untuk dimakan selama sebulan.Selepas itu,saya perlu berjumpa doktor untuk memeriksa semula kandungan Asid Urik dalam darah dan akan diuji sama ada perlu tukar jenis ubat/pil atau sebaliknya.Seolah-olah setakat ini,kaedah ini serasi dengan saya dan lebih tenang untuk meneruskan hidup ini.Kepada rakan-rakan pesakit,saya bersedia untuk berkongsi pengalaman dan cerita dengan anda kerana saya amat menderita dan bersimpati dengan rakan-rakan yang turut mengalami penyakit seperti ini.Anda boleh menghubungi saya di talian 010-9549160.

Pemergian Ibunda Tercinta

Pada 28 Januari 2011,emak saya terjatuh ketika buang air kecil.Ini menyebakkan pendarahan di bahagian belakang kepala.Emak dikejarkan ke hospital dan tidak sedarkan diri sejak dalam perjalanan ke hospital dan akhirnya dia disahkan meninggal duni pada pukul 3.40 petang hari yang sama.
Sesungguhnya kepergian emak ditanggisi oleh semua adik beradiknya,anak-anaknya,suaminya,menantu-menantunya,cucu cicit dan semua kenalannya.Emak meninggal pada usia 85 tahun,usia yang mungkin jarang dicapai oleh orang-orang sekarang.
Emak dikebumikan dengan penuh istiadat kafir kerana dia tidak ada agama.Sebagai penghormatan terakhir,kami telah cuba menguruskan segala urusan dengan penuh kerjasama dan kasih sayang.
Terima kasih emak,bagi kami kau adalah wira di hati kami yang menjadi lagenda bagi seluruh anggota keluarga yang keseluruhannya mengakui kebijaksanaannya menguruskan kewangan keluarga,sebagai pakar rujuk,pendamai,teladan yang baik,pemikir dan segalanya bagi kami.Semoga emak akan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
Kepada semua yang terlibat ketika menguruskan emak kami secara langsung atau tidak langsung;kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.Segala sumbangan anda dari segi material,tenaga dan sokongan moral kami ucapkan terima kasih.