Friday, July 22, 2011

Menyambut Hari Jadi Yang Ke-42

Pada 22 Julai 2011 yang lalu,saya menyambut Harijadi yang ke-42 di rumah saya sendiri.Isteriku,anak-anakku dan adik beradikku serta anak buahku mengadakan sambutan harijadiku secara diam-diam.Sambutan hari lahir ini bukanlah menjadi kebiasaan bagi diri saya kerana dilahirkan dari keluarga susah.Kami tidak mengenal apa itu sambutan harijadi dalam kamus hidup kami semasa kecil.
Saya sebenarnya selalu menjadi pengatur atau mempengerusikan semua majlis harijadi anak-anak buah saya dan yang lain-lainnya.Agak janggal juga apabila saya diuruskan menyambut harijadi.Walau apapun saya ingin mengucapkan terimakasih kepada isteri dan anak-anak saya yang bersusah-payah menyediakan sambutan harijadi seperti ini.Saya sebenarnya lebih suka memberi daripada menerima.
Pada usia sebegini sebenarnya saya lebih tenang,sabar dan merasakan hampir kesemua impian saya tercapai.Inilah berkat usaha dan sokongan isteri dan ahli keluarga yang lain.Juga dipengaruhi oleh gaya hidup sihat saya selama ini.Alhamdulillah,syukur kepada Allah s.w.t.Amin ......

Friday, July 15, 2011

Akhirnya,impianku tercapai ........

Pada 11 Julai 2011 bersamaan dengan hari Isnin,satu lagi detik bersejarah dalam hidupku kulakar buat menghiasi keberadaanku di dunia ini.Aku berjaya membeli dan memiliki lori panjang yang boleh mengangkat muatan seberat 4 ke 6 tan.Panjang loriku lebih kurang 18 ke 20 kaki dan saiz trak yang begini amat sesuai bagiku untuk mengangkat canopy.Sebenarnya saya telah menceburi bidang perniagaan sewaan canopy semenjak bulan Jun 2010 lagi.Sejak itu,niatku untuk membeli lori telah berputik dan sentiasa menjadi bahan ceritaku dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Dengan adanya kenderaan ini juga dapatlah aku memperkembangkan perniagaanku dengan menambah pakej sewaan seperti kerusi,meja,karaoke dan lain-lain lagi seperti pelamin dan sebagainya.Pada masa kini,saya telah pun mempunyai 10 buah canopy yang dilengkapi dengan kemudahan seperti lampu,kipas,pancuran dan extension.
Kepada para pelanggan yang memerlukan kemudahan canopy untuk sebarang majlis kahwin,pertunangan,momukas,kursus dan sebagainya;anda boleh menghubungi kami di talian 010-9549160.Untuk makluman,syarikat kami menyediakan kemudahan menghantar,memasang dan membuka canopy ke tempat anda.Anda sebagai pelanggan cuma perlu menghubungi kami,menunjukkan tempat memasang dan membayar sewa.

Wednesday, June 15, 2011

Antara Keluarga,Kerjaya,Ketuhanan dan Dunia.

Kita adalah insan ciptaan Tuhan yang begitu istimewa jika dibandingkan dengan makhluk lain di dunia ini.Kita dikurniakan akal dan fikiran untuk menimbang dan memikirkan apa yang baik dan jahat.Akan tetapi,kita sering gagal berhadapan dengan godaan nafsu dan keduniaan yang sering memesongkan tumpuan kita.
Asasnya kita mempunyai keluarga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta anak-anak.Akhirnya akan berkembang menjadi pakcik,makcik,sepupu,cucu,cicit dan sebagainya.Sebagai seorang ketua keluarga,kita bertanggungjawab membentuk keluarga yang bahagia serta berjaya di dunia dan akhirat.Bapa dan ibu berperanan besar dalam perkara ini.
Kerjaya yang kita ceburi pula memberi kita rezeki untuk menyara keluarga.Oleh itu,wajarlah kita untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk kepentingan kerjaya kita dan membantu kerajaan untuk memajukan negara mengikut pekerjaan kita.

Tuesday, May 17, 2011

Terima Kasih Ayah.

Ucapan ini saya tujukan buat ayah saya Bungas Bin Santiku kerana berjaya membesar,mendidik dan mengasuh saya hingga berjaya.Rasa kagum saya berkisar kepada dua perkara iaitu wawasannya untuk menyekolahkan kami adik beradik.Bagaimana dia terfikir menyekolahkan kami pada tahun 1960-an sedangkan kesedaran para ibu bapa khususnya suku kaum Kimaragang terhadap pendidikan begitu rendah sekali.Saya harus mengakui bahawa ayah saya mendahului rakan-rakannya dalam hal ini.Pandangan dan wawasannya begitu jauh ke depan walaupun tidak semua anak-anaknya berjaya dalam bidang pelajaran.
Kekaguman saya yang kedua ialah kebolehannya mencari,membeli dan mengusahakan tanah untuk diagih-agihkan kepada semua 10 orang anak-anaknya.Ayah.bagi kami ayah adalah lagenda kami yang banyak berjasa kepada kami.

Saturday, May 7, 2011

Osama Bin Laden warganegara Malaysia.

Tiga tahun yang lalu saya dikejutkan dengan cerita bahawa Osama Laden itu orang Malaysia.Ceritanya berlaku dalam penerbangan Malaysia Airlines dari London ke Kuala Lumpur.Mereka ini berasal dari Negeri Sembilan dan bertemu dengan salah seorang penumpang yang juga berasal dari Malaysia.Semasa berbual dan bertanya tempat asal,salah seorang dari mereka menggatakan bahawa dia berasal dari Negeri Sembilan.Rakannya yang seorang lagi menjawab "osama laden,saya pun berasal dari Negeri Sembilan".Maksudnya mereka berasal dari negeri yang sama.Kebetulan ada Mat Salleh atau orang Inggeris yang duduk berhampiran dengan mereka dan menyebarkan cerita yang Osama Laden itu berasal dari Malaysia.Nukilan ini sekadar cerita dan jenaka sahaja.

Sunday, May 1, 2011

1 Mei Hari Pekerja

Walau apapun pekerjaan anda,saya ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua.Sama ada buruh kasar atau pekerja kolar putih,semua mempunyai peranan masing.Kita adalah warganegara yang perlu mensyukuri kurfnia Tuhan di negara yang aman dan makmur.
Sebenarnya tidak ada istilah manusia berpuas hati pada satu titik tetapi perlu mengikuti keperluan semasa zaman.Beberapa orang rakan saya merunggut berkaitan elaun perumahan yang diberikan kepada kakitangan awam khususnya yang telah berumahtangga.Kata mereka agak sukar untuk mencari rumah sewa yang kadar sewanya cuma RM 200,paling murah kebanyakannya lebih daripada nilai ini.
Pada ketika ini,kakitangan awam cuma menerima sekitar RM 210 hingga RM 240 untuk kakitangan berpangkat rendah dan sederhana.Terdapat banyak cadangan agar elaun perumahan bagi kakitangan awam dinaikkan bagi menyesuaikan dengan kadar semasa lebih-lebih lagi setelah keadaan ekonomi kita kembali pulih kelak.

Monday, April 25, 2011

DUIT

Duit atau wang menjadi kuasa yang begitu besar di dunia.Duit yang dicipta dalam bentuk kertas atau syiling begitu berperanan sebagai perantara dalam proses jual beli.Manusia begitu memerlukan wang untuk terus hidup bagi mendapatkan keperluan asas juga keperluan-keperluan lain.
Semasa menghadiri kenduri arwah,saya telah berbual dengan seorang rakan yang mengakronim dan menterjemahkan DUIT itu sebagai D - Doa,U - Usaha,I - Ikhtiar dan T - Tawakal.Menurut beliau,maksud duit itu menjadi falsafah hidupnya dalam mengharungi hidup ini.Mungkin falsafah ini kita boleh gunakan/kongsi untuk membolehkan kita berjaya di dunia dan akhirat.