Setelah mengajar mata pelajaran ini selama 6 tahun,saya rasa terpanggil untuk menghasilkan satu nota yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk pelajar aliran Kesusasteraan Melayu di sekolah menengah.Nota ini juga sesuai kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang turut mempelajari KOMSAS Bahasa Melayu.Istilah-istilah yang terdapat dalam nota ini dapat membantu pelajar memahami maksud dan menghayati genre sastera yang hendak dikaji.Di peringkat Tingkatan 6,ada di antara pelajar yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tetapi tidak mengambil mata pelajaran ini di peringat SPM.Oleh itu,mereka mengalami kesukaran untuk memahami mata pelajaran ini apabila mereka mengambilnya di peringkat STPM.Dengan adanya nota seperti ini,pelajar akan dapat mengatasi masalah mereka yang tidak dapat memahami istilah-istilah bagi mata pelajaran ini.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan nota ini,anda boleh menelefon Cikgu George Bungas pada talian 019-8400956
Friday, August 21, 2009
Mengapa wanita lebih berjaya daripada lelaki?
5. Masyarakat Malaysia yang berpegang kepada budaya timur mudah tertarik dengan perawakan wanita yang lemah-lembut dan bersopan-santun.Sifat ini menjadikan kedudukan wanita di mata bos lelaki amat menarik perhatian mereka.Lazimnya,kakitangan wanita lebih patuh,rajin dan kurang menentang bos mereka secara terbuka walaupun mereka tidak berpuas hati berbanding dengan kaum lelaki.
Friday, August 14, 2009
Mengapa wanita lebih berjaya daripada lelaki
4. Kaum wanita lebih sabar dan tenang dalam melakukan sesuatu memandangkan mereka telah dilatih sejak kecil untuk melakukan sesuatu tugas berbanding kaum lelaki
Tuesday, July 21, 2009
Mengapa wanita lebih berjaya ?. ( 2 )
3. Sebenarnya dalam masyarakat Melayu,Cina,India,Kadazan-Dusun,Iban, dan kaum lain di Malaysia;kaum lelaki diberi keistimewaan dan kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakatnya berbanding kaum wanita.Akan tetapi,keadaan inilah yang menjadikan kaum lelaki menjadi pemalas dan kurang kreatif kerana mereka terlalu dimanjakan.
Tuesday, July 14, 2009
Mengapa wanita lebih berjaya daripada lelaki?
1. Antara sebab yang boleh dijadikan dalil ialah salah satu tanda kiamat ( Islam );bilangan wanita lebih ramai dari wanita dan ini menjadikan wanita mempunyai lebih ramai serta lebih banyak pilihan.
2. Dari segi budaya,kanak-kanak perempuan telah dilatih sejak dari kecil dengan kerja-kerja seperti menyapu lantai,mencuci piring,membasuh pakaian,memasak dan lain-lain lagi.Manakala kanak-kanak lelaki terlalu diberi kebebasan tanpa diberikan tugasan seperti pihak perempuan.Ini menjadikan pihak perempuan lebih terlatih dan cekap dalam menguruskan sesuatu.

Friday, July 10, 2009
Penghayatan Puisi Moden 14
Mengabaikan nada meninggalkan kesan sampingan yang merugikan.
Seriuskan anda?
Penekanan nada rendah, sederhana dan tinggi menuntut kaedah dan keperluan.
Penekanan nada memberi pemahaman, memperjelas sikap dan petunjuk keberkesanan sesebuah deklamasi
Seriuskan anda?
Penekanan nada rendah, sederhana dan tinggi menuntut kaedah dan keperluan.
Penekanan nada memberi pemahaman, memperjelas sikap dan petunjuk keberkesanan sesebuah deklamasi
Penghayatan Puisi Moden 13
Cara menentukan nada:
Analisis tema, penggunaan diksi, binaan baris dan rangkap serta sikap pengarang.
Semuanya memberi maklumat tentang “isi hati” dan “perasaan” pengarang
Analisis tema, penggunaan diksi, binaan baris dan rangkap serta sikap pengarang.
Semuanya memberi maklumat tentang “isi hati” dan “perasaan” pengarang
Subscribe to:
Posts (Atom)