Monday, October 31, 2011

Majlis Penerangan Perdana

Pada hari Ahad yang lalu bersamaan dengan 30 November,kami rombongan dari PPD Kota Marudu telah menghadiri majlis ini di UMS.Kesesakan berlaku bermula dari lampu isyarat UMS hinggalah ke dewan tempat kami mendengar taklimat.Dianggarkan seramai 7000 orang telah dijemput menghadiri majlis ini.Ada yang datang dengan bas yang disewa khas,bas milik parti UMNO,tidak ketinggalan wakil dari NGO dan wakil dari seluruh pelusuk negeri Sabah.
Majlis penerangan berkisar kepada dasar-dasar kerajaan dan peranan rakyat Malaysia dalam membantu kerajaan melaksanakan tugas mereka.Majlis bermula pukul 8.00 pagi hingga pukul 2.30 petang.Majlis ini dirasmikan oleh Tan Sri Muhyidin Yusin dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah serta pemimpin-pemimpin politik persekutuan dan negeri.Kami juga diberi sedikit cenderamata kenang-kenangan dan dijamu dengan makanan.

Saturday, October 22, 2011

Audit Pematuhan MS ISO 9001:2008 PPD Kota Marudu

Audit ini akan bermula pada 24 Oktober hingga 11 November 2011 melibatkan 39 buah sekolah di daerah Kota Marudu.Audit ini melibatkan 54 orang juruaudit terlatih yang terdiri dari Guru Besar,Penolong Kanan,Pengurus Kualiti Sekolah dan guru-guru.Mereka akan mengaudit PK 01 Kehadiran Guru,PK 03 Buku Rekod Guru,PK 04 Pencerapan,PK 06 Buku Latihan Murid dan PK 07 Pengurusan Panitia.
PPD Kota Marudu merupakan perintis kepada sistem ini dan mula dipraktikkan di daerah ini sejak 2010.Pada tahun 2011,Pengarah Pelajaran Sabah telah mengarahkan sistem ini diperkenalkan di seluruh Sabah dan dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.
Sesungguhnya sistem ini memberi banyak manfaat kepada murid sebagai pelanggan utama di sekolah.Selain daripada itu,para pentadbir di sekolah dibantu untuk mengurus kakitangannya sama ada di kalangan guru mahupun anggota kakitangan sokongan.Kepada semua juruaudit diucapkan selamat menjalankan tugas.

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan MERDEKA

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.Sambutan Hari Raya kita disambut dalam keadaan harmoni tidak seperti beberapa negara lain yang bergolak.Semua ini perlu kita syukuri dan pertahankan serta tingkatkan lagi.Kita boleh bertelagah pendapat dan berbeza fahaman politik tetapi kita harus ketepikan kepentingan diri dan mengutamakan kepentingan negara.
Kali ini sambutan Hari Raya disambut serentak dengan sambutan hari kemerdekaan yang ke-54.Semoga perasaan bersukur kerana dapat melaksanakan rukun berpuasa ini dapat kita semarakkan lagi dengan penuh semangat nasionalisme kerana bernaung di bawah sebuah negara merdeka yang aman dan damai.Kita perlu merdeka dari semua aspek dari segi pemikiran dan tindakan.Selamat menyambut hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dari saya serta keluarga.Salam merdeka untuk semua.

Thursday, August 18, 2011

Promosi Hebat Sewa Canopy.

Saya telah memulakan perniagaan sewa canopy bermula dari bulan Jun 2010.Bermula dengan 2 set canopy kemudian bertambah menjadi 10 set.Saya mengangkat canopy ini dengan menggunakan kereta VIGO saya.Saya sudah lama mengimpikan untuk membeli sebuah lori kerana lebih sesuai untuk mengangkat canopy tersebut.
Dengan azam dan usaha,akhirnya saya dapat membeli lori seberat 5 tan pada bulan Julai 2011.Akan tetapi,lori second hand ini masih dalam proses untuk dibaiki.Walau bagaimanapun saya masih meneruskan perniagaan ini,sempena cuti semester ini kami menyediakan promosi hebat untuk ditawarkan kepada penyewa atau pelanggan.Sebenarnya perkhidmatan sewaan kami ini mencakupi penghantaran,pemasangan dan buka canopy.Kami bersedia memberi perkhidmatan untuk sebarang majlis.Tuan rumah atau penyewa cuma perlu menunjukkan tempat pasang dan membayar kos sewaan canopy sahaja.
Kepada yang memerlukan perkhidmatan ini,sila berhubung dengan saya di no. handphone 0109549160.Ada tawaran istimewa sempena cuti sekolah ini.Siapa cepat dia yang akan mendapat perkhidmatan terlebih dahulu.Wassalam dari saya di bulan ramadhan ini dan Selamat Hari Raya.Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

Thursday, August 4, 2011

Ibadah Puasa Wajib bagi semua umat yang beragama Islam

Hari ini masuk hari yang ke-4,semua umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa.Puasa ini boleh dilaksanakan tanpa sebarang masalah jika kita sihat;asalkan niat kita betul dan ikhlas nescaya kita akan dapat melaksanakan puasa tanpa sebarang masalah.
Semua umat yang akil baligh diwajibkan berpuasa.Bagi kaum wanita mereka terpaksa berehat dari berpuasa seandainya mereka datang haid.Saya amat bersyukur kerana anak-anak saya begitu bersemangat untuk berpuasa.Benarlah seperti yang diungkapkan dalam peribahasa Melayu " Melentur buluh dari rebungnya".Gelagat mereka berpuasa kadangkala menggelikan hati dengan pelbagai pertanyaan sekadar untuk mengetahui dan meyakinkan diri.Semoga ibadah puasa akan dapat menyedarkan kita agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita ada.Semoga ibadah puasa akan memberi kesedaran kepada kita agar dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada golongan kurang berada dengan penuh keikhlasan.Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Friday, July 22, 2011

Menyambut Hari Jadi Yang Ke-42

Pada 22 Julai 2011 yang lalu,saya menyambut Harijadi yang ke-42 di rumah saya sendiri.Isteriku,anak-anakku dan adik beradikku serta anak buahku mengadakan sambutan harijadiku secara diam-diam.Sambutan hari lahir ini bukanlah menjadi kebiasaan bagi diri saya kerana dilahirkan dari keluarga susah.Kami tidak mengenal apa itu sambutan harijadi dalam kamus hidup kami semasa kecil.
Saya sebenarnya selalu menjadi pengatur atau mempengerusikan semua majlis harijadi anak-anak buah saya dan yang lain-lainnya.Agak janggal juga apabila saya diuruskan menyambut harijadi.Walau apapun saya ingin mengucapkan terimakasih kepada isteri dan anak-anak saya yang bersusah-payah menyediakan sambutan harijadi seperti ini.Saya sebenarnya lebih suka memberi daripada menerima.
Pada usia sebegini sebenarnya saya lebih tenang,sabar dan merasakan hampir kesemua impian saya tercapai.Inilah berkat usaha dan sokongan isteri dan ahli keluarga yang lain.Juga dipengaruhi oleh gaya hidup sihat saya selama ini.Alhamdulillah,syukur kepada Allah s.w.t.Amin ......