Thursday, December 31, 2009

Kem SUKMA I,2009.

Alhamdulillah kerana saya dipanggil untuk menyertai Kem SUKMA I sebagai persediaan kontinjen Sabah ke SUKMA 2010 di Melaka.Saya dipanggil atas tiket sebagai jurulatih kepada Nazmil Jikal dalam acara Decathlon.
Dalam kem ini,seramai 18 orang jurulatih olahraga dari seluruh negeri Sabah telah berkumpul bersama 36 atlet di Kompleks Sukan Likas selama 5 hari iaitu dari 19 hingga 23 Disember.
Semasa berada di kem ini,latihan mengikut acara telah dijalankan di bawah pengawasan jurulatih masing-masing.Acara pemilihan untuk kuartet 4 X 100 dan 4 X 400 meter kategori lelaki dan wanita telah dijalankan.
Dijangka Kem SUKMA II akan diadakan pada cuti pertengahan semester satu 2010.Semoga kami akan berjaya dalam misi menghantar wakil dari daerah Kota Marudu ke temasya sukan SUKMA 2010.

Sunday, December 13, 2009

Pelancaran Pertubuhan Kimaragang Malaysia

Pada 13 Disember 2009 bertempat di Dewan Kg. Masolog,pertubuhan ini dilancarkan secara rasmi oleh Penasihat Pertubuhan iaitu Mejar Kehormat Abdul Latif Kandok.

Sesungguhnya pelancaran ini begitu besar ertinya bagi kami generasi baru Kimaragang.Kami mahu pertubuhan ini benar-benar memperjuangkan nasib dan hak orang-orang Kimaragang dari semua aspek serta tidak dipolitikkan.Badan sukarela ini sudah sepatutnya menjadi medan kepada semua warga Kimaragang untuk menyumbang dan berkongsi aspirasi untuk membangunkan bangsanya secara sukarela.

Keahlian pertubuhan ini sepatutnya dibuka secara meluas dan ahli jawatan kuasanya seharusnya cekap dalam menarik minat ahli dan keahliannya hendaklah dipermudahkan dari segi borang serta kad ahlinya.

Kepada semua ahli jawatan kuasa tertinggi pertubuhan ini kami ucapkan tahniah dan selamat berjuang untuk bangsa kita.

TRANSFORMASI KIMARAGANG !!!

Thursday, December 10, 2009

Nazmil Jikal Bakal Mewakili Sabah Dalam SUKMA 2010 di Melaka

Pada hari Rabu bersamaan 9 Disember 2009,saya telah dihubungi oleh orang Sabah AAA memaklumkan bahawa En. Nazmil dan saya sendiri akan dipanggil ke latihan pusat SUKMA Fasa I pada pertengahan Disember ini di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.
Setelah menguruskan pelepasan beliau dengan majikannya,saya terus menghubungi beliau mengenai perkara ini.Jika kami berjaya mewakili Sabah sebagai atlet dan jurulatih,ini merupakan sejarah bagi diri kami dan daerah Kota Marudu.
Kami perlu berlatih awal sebelum melapor diri ke latihan pusat tersebut kerana satu sesi ujian kecergasan akan diadakan sebaik sahaja melaporkan diri.Nazmil juga perlu berlatih untuk beberapa acara baru baginya seperti Lompat Bergalah.Sebenarnya,saya tidak berapa risau dengan acara baru ini kerana telah pun mempunyai pengalaman mengikuti kursus kejurulatihan olahraga dan rakan Nazmil dalam acara ini iaitu Almuktal boleh membantunya.
Kepada semua warga Tandek dan daerah Kota Marudu,kami memerlukan doa,sokongan dari segi material dan pendapat mengenai latihan yang bersesuaian.Kepada rakan-rakan yang berminat,anda boleh komen atau beri pendapat melalui Facebook saya,email saya iaitu bgeorgejodbungas@yahoo.com dan blog saya iaitu georgebadus.blogspot.com.

Tuesday, December 8, 2009

Selamat Menyambu Hari Krismas

Saya mengambil kesempaan ini untuk mengucapkan selama menyambut Hari Krismas kepada semua kakak dan abang saya,anak-anak buah saya,saudara mara saya,semua pelajar saya serta kepada semua yang mengenali saya.Semoga Krismas ini membawa makna yang begitu besar dalam hidup anda semua.