Tuesday, June 15, 2010

Piala Dunia Satu Fenomena

Sesungguhnya Piala Dunia merupakan satu fenomena yang melanda di seluruh dunia.Bayangkan seluruh penduduk di muka bumi ini menumpukan kepada satu perkara yang menampilkan kemahiran dari segi skil permaianan individu,teknikal bermain,semangat berpasukan dan pelbagai lagi aspek diperlihatkan.
Bagi pemain yang terlibat,ini adalah ruang untuk berbakti kepada negara mereka dan medan untuk menunjukkan bakat untuk dipancing oleh kelab-kelab ternama dunia yang menjanjikan gaji yang lumayan.Bagi negara yang menang pula,mereka akan berbangga kerana pada tahun 2010 ini dan empat tahun lagi iaitu sehingga 2014,mereka akan menjadi sebutan serta tumpuan.Rasa bangga di kalangan semua penduduk negara tersebut memang menggembirakan mereka kerana menjadi juara.
Bayangkan jika negara kita menjadi juara dunia untuk permainan bolasepak ini.Seronokkan.Walau bagaimanapun kita perlu perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai hasrat ini.Akan tetapi,kita perlu berbangga dengan pencapaian kita dalam permaianan badminton dan squash kerana kita berjaya melahirkan pemain yang menjadi No. 1 di dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David.

No comments:

Post a Comment