Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya.Maaf Zahir dan Batin ungkapan keramat di bulan Ramadhan ini.Oleh kerana sibuk dengan urusan kerja,keluarga dan itu serta ini;peluang untuk kita berjumpa menjadi semakin terhad.Kehadiran kemudahan facebook,email,twitter,blog dll menjadi medium untuk berhubung.
Pada kesempatan ini,saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika tersilap perbuatan dan tuturkata sama ada sengaja atau tidak.Almaklumlah sebagai insan biasa kita mempunyai banyak kelemahan walaupun kita cuba berbuat yang baik-baik sahaja.
Doa kemaafan kupanjatkan buat Allah Subhanallah yang sentiasa memberi ruang dan peluang untuk hidup seketika di dunia ini,kepada ibu bapaku walaupun berlainan agama tanpa kalian siapalah saya,kepada isteri tercinta yang sentiasa bersamaku dalam senang dan susah,kepada anak-anak tersayang,kepada adik beradikku,saudara maraku yang beragama Islam mahupun bukan dan kepada semua yang mengenali saya.
Kepada semua bekas pelajarku sejak tahun 1988 di SK Pulau Balambangan,Kudat,SK Tagibang ( 1989 hingga 1992 ),di SK Sampir ( 1992 hingga 1997 ) dan di SMK Tandek ( 1997 hingga 2010 ) maaf segala kesalahan cikgu.Kepada yang berjaya dalam bidang akademik saya ucapkan tahniah.Kepada yang tidak berjaya;ada banyak pintu rezeki yang kita boleh terokai asalkan kita sentiasa berusaha.
Apa-apapun,Selamat Hari Raya untuk semua bagi tahun 2010.Wassalam.

No comments:

Post a Comment