Sunday, November 28, 2010

Selamat Tinggal 2010,Selamat Datang 2011

Sesungguhnya kita sekarang sedang berada di penghujung tahun 2010,kemelesetan ekonomi dunia semakin pulih dan ini amat menggembirakan semua penduduk dunia.Apapun sebagai rakyat Malaysia kita bersyukur kerana kes kebuluran atau kemiskinan tidak membawa kepada kes kematian.Pada mulanya saya merasa terhina apabila diwar-warkan bahawa kawasan Semenanjung Kudat merupakan kawasan termiskin di Malaysia.Akan tetapi,apabila saya cuba amati dan lihat keadaan sebenar dalam masyartakat di kawasan tersebut;tafsiran miskin dan kemiskinan pula agak subjektif.Kadar kemiskinan di Malaysia dikategori mengikut pendapatan bulanan.Mereka yang dianggap miskin mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM tertentu ( saya tidak pasti ).Hakikatnya,kemiskinan di Semenanjung Kudat tidak terasa sangat kerana penduduk tempatan mempunyai tanah dan pendapatan sebagai petani dan nelayan.Apa yang kita perlukan ialah melakukan sedikit perubahan dari segi pemikiran,pendidikan,pergaulan,peningkatan pengalaman dan sentiasa berfikiran positif untuk berjaya di dunia serta akhirat.Percaya atau tidak;kejayaan kita banyak dipengaruhi oleh didikan yang kita perolehi dari ibu bapa dan dipengaruhi oleh persekitaran kita.Agak sedikit kes di kalangan mereka yang berjaya ini yang tidak dibimbing oleh ibu bapa mereka atau paling tidak mendapat asas dari mereka.
Setelah sebelas bulan melalui tahun 2010 ini,saya bersyukur kerana berjaya melalui segala cabaran dengan hati yang terbuka.Kejayaan dan kegagalan,kesedihan dan kegembiraan;merupakan asam garam kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap manusia.Apa pun yang berlaku harus dilalui dengan tabah walaupun kurang menggembirakan kita.
Pada tahun ini,terdapat juga kejayaan yang saya tempuh bersama dengan keluarga.Saya dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang dan bertukar dari SMK Tandek ke PPD Kota Marudu,isteri saya masih terus belajar di OUM,anak sulung saya berjaya masuk ke MRSM dan pencapaian akademik anak-anak saya semakin meningkat.
Apa-apapun,apa jua yang kita lalui merupakan asam garam yang perlu kita lalui dalam hidup.Hidup perlu diteruskan dan perlu terus berusaha,terus berubah dan jangan lupa kehidupan yang kita perlu lalui di akhirat kelak.Ayuh semua makhluk Tuhan,kita gunakan peluang yang diberiNya untuk menempuh kejayaan di dunia dan akhirat.
SELAMAT TINGGAL 2010,SELAMAT DATANG TAHUN 2011

No comments:

Post a Comment