Friday, March 23, 2012

Sakit,Kerjaya & Masa Depan

Dua minggu lalu saya terlantar sakit kerana gout lagi,kali ini agak teruk dan menyebabkan saya tidak dapat pergi bekerja.Terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dan berubat kampung.Syukur kerana saya semakin sembuh dan mula bekerja,namun kecergasan dan prestasi kerjaku agak terjejas sehingga disindir oleh majikanku.Apa boleh buat,kerana ini semua di luar kawalanku.Aku bukan sengaja untuk bertangguh atau malas-malas.Apa boleh buat,inilah asam garam hidup di dunia;kita akan sakit kerana diingatkan dan ada hikmah disebaliknya.
Kerjayaku sebagai Pengurus Kualiti atau Ketua Unit Jaminan Kualiti ada turun dan naiknya,ada pasang dan surutnya;sebenarnya saya bertekad untuk melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan merupakan unit baru.Tapi pengalamanku sebagai pentadbir masih perlu diperbaiki dan kesihatanku perlu diperbaiki juga.Tapi hakikatnya,saya bukan jenis pekerja yang suka mengampu bos dan tidak suka berpura-pura rajin masa bos ada;saya tidak suka membentuk blok atau kumpulan dalam satu pasukan - saya mahu ngam dengan semua pihak.Saya berpegang pada prinsip kerja sebagai satu ibadah dan tanggungjawab.Kita tidak perlu memfitnah,menindas orang lain,menggertak orang lain,menganiaya orang lain dan sebagainya semata-mata untuk naik pangkat atau dipandang mulia atau dihormati oleh orang lain.Oleh kerana saya datang dari keluarga orang susah dan meniti kerjaya dari bawah;saya tidak akan lupa diri dan berlagak kerana saya tahu asal-usul saya.Betulkan niat dan terus berusaha;Allah akan melapangkan jalan kejayaan dunia dan akhirat.
Saya juga mempunyai impian masa depan yang berterusan selagi jantung masih berdenyut;impian saya ketika ini ialah berjaya dalam bidang kerjaya sekarang,memastikan anak-anak berjaya dalam bidang masing-masing,memastikan keluarga dalam keadaan yang baik dan bahagia.Saya harus menyumbangkan sesuatu kepada diri saya,anak-anak,keluarga,kaum saya,masyarakat,kampung,daerah,zon,negeri,negara dan di peringkat dunia kalau mampu.Hidup perlu diteruskan walau apapun rintangannya;hadapi segala cabaran setelah berusaha bersungguh-sungguh dan berserah kepadanya.
Selamat meneruskan hidup;hidup perlu diteruskan seadanya bergantung kepada usaha kita dan rezeki yang dikurniakan kepada kita.Allahhuakbar ...... 10 X

No comments:

Post a Comment