Langkah longlai kerana kecewa
Membawa bersama rasa hambar
Lemas dan tak bermaya
Dunia seolah-olah sudah berakhir
Bila kita renung dan imbas kembali
Dulu kita tidak terus melangkah
Tapi ...
Kita berbaring,mengiring
Kemudian ...
Meniarap lalu mengengsot ke hadapan
Masih ingatkah lagi
Dan ...
Kita mula duduk
Lalu mula menggerakkan punggung
barulah kita mula cuba berdiri lalu terjatuh
Kita bangun
Jatuh
Dan bangun lagi
Akhirnya kita bisa berjalan
Perjalanan ini sememangnya ditakdirkan begini
Jatuh bangun dan terjatuh
Adalah asam garam dunia
Oleh itu teruskan perjalananmu
Meski dengan langkah kecil
Kerana akhirnya
kau akan mampu berlari
Mengejar impian
Mengejar harapan
Dan mengejar segala kemahuan.
Kg. Tingkalanon,
26 Mac 2010.
11.45 p.m
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment