Saturday, April 17, 2010

Hidup perlukan perubahan.Jadilah seperti seekor Lipas jangan jadi seekor Dinosour.

Tahun 2010 masih lagi dianggap mencabar dari segi perkembangan ekonomi.Kebanyakan negara masih bergelut untuk memulihkan ekonominya.Malaysia masih beruntung kerana tidak bergantung kepada satu sumber sahaja.Ini kerana Malaysia berjaya mempelbagaikan sumber pendapatannya sama ada dari segi pertanian mahupun perindustrian.Semua ini hasil kurniaan Tuhan yang melimpahkan sumber asli yang banyak di bumi Malaysia dan berkat kebijaksanaan para pemimpin negara dalam merancang ekonomi negara sejak merdeka.
Dalam kehidupan manusia,kita tidak boleh statik pada satu tahap sahaja.Kita harus mengikuti setiap perkembangan zaman asalkan tidak bercanggah dengan hukum Tuhan dan undang-undang negara.Jika kita melihat kepada kehidupan serangga seperti Lipas yang masih bertahan sehingga sekarang berbanding dengan Dinosour yang tinggal sejarah kerana kepupusan spesiesnya yang tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan yang sentiasa berubah.
Apa yang kita anggap begitu penting buat masa ini mungkin sudah tidak penting lagi pada tahun 2020 kelak.Tapi apa tidak bernilai pada masa kini mungkin bertukar nasib pada ketika itu.Kebolehan kita mahu berubah dan menyesuaikan dengan keperluan zaman boleh dilakukan dengan menggunakan ilmu dan perubahan sikap.Jika ditambah dengan sikap rajin menimba ilmu,maka ini merupakan nilai tambah bagi kita untuk terus bertahan dan menyesuaikan diri.

1 comment:

  1. Hendaklah kita seimbang;berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete