Wednesday, December 1, 2010

Rehat,senaman dan enjoy dengan kerja anda !

Syukur kerana tempahan canopy saya sudah bermula dan agak baguS.Syukur juga kerana saya sudah dapat menyesuaikan dengan kerja baru saya di pejabat.syukur kerana saya dapat membantu calon peperiksaan STPM yang mengambil kertas Kesusasteraan Melayu kerana 4 soalan ramalan saya keluar pada kertas soalan sebenar kelmarin ( 30 Oktober ).Antara soalan ramalan saya yang keluar ialah Cerita legenda,cerita teladan,zikir dan teromba.
Apa yang cuba saya ingin kongsikan kali ini ialah tabiat kerja di pejabat.Saya selalu merancang kerja yang perlu disiapkan setiap hari dan berhajat untuk menyiapkannya bersungguh-sungguh.Kadangkala saya tidak mahu berehat langsung dan tidak keluar-keluar dari bilik kerana mahu menyiapkan kerja.Akan tetapi,jika saya tidak berehat langsung terasa stress dan penat pula.Oleh itu,terpaksalah saya berehat sekejap.Kadangkala jika terlalu memikirkan kerja sangat menjadikan saya jadi statik dan seolah-olah tidak tahu apa mahu dilakukan.Apa yang saya lakukan ialah berehat seketika dengan berbual dan berjalan seketika dalam kawasan pejabat barulah kembali bekerja.Alhamdulillah selepas itu,barulah saya boleh bekerja dengan cepat dan dapat menyiapkan kerja dengan segera.
Senaman juga penting untuk memastikan badan sentiasa cergas dan minda cerdas.Kita perlu bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.Senaman akan menjadikan proses perkumuhan,perpeluhan dan peredaran darah lancar.Senaman juga akan menjadikan kita awet muda sentiasa ceria dan berkeyakinan diri.
Kita mesti enjoy dengan kerja kita.Kerja adalah satu ibadat.Walau bagaimanapun,kita kerja juga harus berpada-pada kerana kalau tidak boleh menjadikan kita tertekan dan boleh menyebabkan penyakit mental atau dalam kata-kata lain boleh gila.Kalau kita sudah gila,pihak majikan juga akan mengalami masalah dan mungkin terpaksa diberhentikan.Kita harus bijak menyerap tekanan kerja dan bijak menggunakan akal fikiran dalam melaksanakan tugas kita.
SELAMAT BERTUGAS DAN SEMOGA CERIA SELALU

No comments:

Post a Comment