Saturday, April 10, 2010

Rumah Baru.

Memiliki rumah baru merupakan satu lagi pencapaian dan kemajuan dalam hidup apa lagi kalau seseorang itu sudah berumahtangga.Sama ada rumah tersebut kecil atau besar,apa yang penting dapat dihuni untuk anda sekeluarga.
Rumah merupakan aset yang nilainya akan sentiasa naik dan merupakan harta kekal seseorang individu atau keluarga.Nilainya hampir sama nilai dengan tanah yang harga sentiasa naik serta berharga.
Kawan-kawan cikgu mempunyai kecenderungan membeli rumah di kawasan bandar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Tidak kira mereka dari kalangan yang sudah berusia atau yang masih bujang,semuanya mereka bergantung kepada kesedaran serta perancangan yang rapi oleh seseorang.

Friday, April 2, 2010

Bulan Bahasa SMK Tandek 2010

Sepanjang bulan April ini,Unit Bahasa SMK Tandek akan mengadakan aktiviti Bulan Bahasa.Antara mata pelajaran yang terlibat mengadakan aktiviti ialah Bahasa Melayu,Kesusasteraan Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Kadazan Dusun, dan Bahasa Arab.
Menurut Ketua Bidang Bahasa Cikgu Editha Samuel,banayak aktiviti yang membabitkan semua mata pelajaran ini akan dilaksanakan.Antaranya ialah Bahas Ala Parlimen,Forum remaja,Pidato,Pesta pantun,Pertandingan Menulis Esei,Ulasan buku,Pertandingan mencipta dan mendeklamasi sajak dan pelbagai aktiviti lagi.
Iklan berkaitan aktiviti ini akan diumumkan melalui perhimpunan sekolah pada 5 April ini dan akan ditampalkan melalui papan kenyataan.Hadiah menarik berupa buku rujukan sekolah dan sijil akan diberikan kepada setiap pelajar yang menyertai semua aktiviti ini.
Majlis penutupan bulan bahasa akan diadakan pada penghujung bulan ini dan anataras kemuncak aktiviti bulan ini ialah Bicara Karya dengan menjemput penulis sebenar sajak "Di Kebun hayat" iaitu Encik Saibil Madun.Sajak beliau termuat dalam Antologi Bacalah Dalam Bahasamu Jilid B yang mnejadi teks pelajar aliran sastera Tingkatan Lima.
Bagi pihak Bidang Bahasa,kami amat mengalu-alukan penyertaan semua pelajar di samping kerjsama semua guru.

Friday, March 26, 2010

Langkah I

Langkah longlai kerana kecewa
Membawa bersama rasa hambar
Lemas dan tak bermaya
Dunia seolah-olah sudah berakhir

Bila kita renung dan imbas kembali
Dulu kita tidak terus melangkah
Tapi ...
Kita berbaring,mengiring
Kemudian ...
Meniarap lalu mengengsot ke hadapan
Masih ingatkah lagi
Dan ...
Kita mula duduk
Lalu mula menggerakkan punggung
barulah kita mula cuba berdiri lalu terjatuh

Kita bangun
Jatuh
Dan bangun lagi
Akhirnya kita bisa berjalan

Perjalanan ini sememangnya ditakdirkan begini
Jatuh bangun dan terjatuh
Adalah asam garam dunia
Oleh itu teruskan perjalananmu
Meski dengan langkah kecil
Kerana akhirnya
kau akan mampu berlari
Mengejar impian
Mengejar harapan
Dan mengejar segala kemahuan.

Kg. Tingkalanon,
26 Mac 2010.
11.45 p.m

Friday, March 19, 2010

berlari

seringkali kita kalah dalam perlumbaan,kerana usia terLalu muda,atau terlalu tua,mungkin kerana saiz fizikalnya 

Thursday, March 18, 2010

Kenduri ruang untuk memanjatkan kesyukuran

Majlis kenduri amalan yang baik kerana salah satu ajaran YANG DIGALAKKAN OLEH AGAMA ISLAM DAN MASYARAKAT DI MALAYSIA SERTA DI SELURUH DUNIA.AmALAN INI JUGA DAPAT MERAPATKAN HUBUNGAN SILLATURRAHIM DI KALANGAN ANGGOTA KELUARGA.KENDURI JUGA RUANG UNTUK MENYAMPAIKAN NIAT INDIVIDU UNTUK TUJUAN KESYUKURAN,MENOLAK BALA, DAN LAIN LAIN HAJAT

Kelebihan yang ada perlu dikongsi

Apabila kita ada kelebihan perlu kita kongsikan dengan isteri,anak,ibu bapa,adik beradik,mertua,saudara mara dan kepada yang memerlukan.Semoga perkongsian ini mampu membantu dan menggembirakan mereka.

Monday, March 15, 2010

Persinggahan I

Ketika dalam perjalanan
banyak yang kita lalui
banyak yang kita tempuhi
ada juga pemandangan indah
banyak juga yang memedihkan mata

Kalau boleh kita mahu yang indah-indah sahaja
Tidak mahu bertemu yang menyakitkan hati
Inilah hakikat kehidupan
Satu persinggahan satu perjalanan