Tuesday, June 15, 2010

Piala Dunia Satu Fenomena

Sesungguhnya Piala Dunia merupakan satu fenomena yang melanda di seluruh dunia.Bayangkan seluruh penduduk di muka bumi ini menumpukan kepada satu perkara yang menampilkan kemahiran dari segi skil permaianan individu,teknikal bermain,semangat berpasukan dan pelbagai lagi aspek diperlihatkan.
Bagi pemain yang terlibat,ini adalah ruang untuk berbakti kepada negara mereka dan medan untuk menunjukkan bakat untuk dipancing oleh kelab-kelab ternama dunia yang menjanjikan gaji yang lumayan.Bagi negara yang menang pula,mereka akan berbangga kerana pada tahun 2010 ini dan empat tahun lagi iaitu sehingga 2014,mereka akan menjadi sebutan serta tumpuan.Rasa bangga di kalangan semua penduduk negara tersebut memang menggembirakan mereka kerana menjadi juara.
Bayangkan jika negara kita menjadi juara dunia untuk permainan bolasepak ini.Seronokkan.Walau bagaimanapun kita perlu perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai hasrat ini.Akan tetapi,kita perlu berbangga dengan pencapaian kita dalam permaianan badminton dan squash kerana kita berjaya melahirkan pemain yang menjadi No. 1 di dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David.

Thursday, June 10, 2010

Memasang Khemah Dalam Hujan.

Sudah dua hari saya dan anak-anak buah memasang canopy dalam hujan lebat.nasib baik tidak ada kilat.Cuaca tiba-tiba berubah,hujan turun mungkin sebagai rahmat kepada semua penanam padi di Sabah khususnya dan amnya di Malaysia serta di seluruh dunia.Rahmat ini turut dinanti-nantikan oleh mereka yang mengharapkan sumber air untuk menjalankan aktiviti harian mereka.
Apa-apapun,saya seronok memasang canopy walaupun dalam keadaan hujan.Anak-anak buah saya begitu sporting dan sentiasa memberi kerjasama.Terimakasih.Semoga rezekiku sentiasa berterusan dan boleh digunakan untuk tujuan yang baik.

Thursday, June 3, 2010

Alhamdulilah Bisnes Baruku Semakin Maju.

Tidak sangka pula bisnesku semakin maju.Alhamdulilah!Setelah menceburi bidang jualan langsung dan jualan insurans sebelum ini;saya mengakui bahawa bidang perniagaan ini bukan bidang saya.Saya sentiasa mencari peluang untuk terus menceburi bidang perniagaan ini.
Syukur kepada Tuhan kerana membuka pintu rezeki ku untuk menemui bidang perniagaan ini.Tempahan semakin banyak hingga saya tidak dapat memenuhi permintaan.Musim cuti sememangnya musim kahwin,musim merapatkan hubungan silaturrahim.Terima kasih kawan-kawan kerana membantu saya untuk mempromosikan bisnes saya ini.

Friday, May 28, 2010

Perniagaan Sewa Canopy Untuk Sebarang Majlis.

Pada 28 Jun 2010 bermulalah perniagaan canopyku ( Badus Canopy ).Dua buah canopy telah disewa di rumah si Ah Chai anak mendiang si Ah Ang.Dia sewa selama 3 hari tapi saya bagi discount kerana jarak tempat yang dekat dan bilangan hari yang agak panjang.Target saya,biar sewa murah yang penting ada orang sewa berterusan.
Berniaga bagi saya kena bijak.Tidak boleh tamak sangat.Isteri saya cakap,kita kena beramal juga.Rezeki akan sentiasa ada kalau kita pemurah.Jangan saja kita rugi dan lingkup kalau bisnes tidak pusing atau berjalan.
Kepada rakan-rakan,saudara mara dan bekas pelajarku,tolong cikgu promosi.Cikgu boleh dihubungi melalui nombor berikut iaitu 0198400956 dan 0109549160.Juga boleh dihubungi melalui blog saya iaitu georgebadus.blogspot.com.Atau melalui facebook.
Kadar sewa adalah RM 150 untuk satu canopy untuk satu hari.Cikgu ada dua canopy setakat ini.Tapi,bagi mereka yang memerlukan lebih daripada dua canopy,cikgu boleh sediakan tujuh canopy yang cikgu pinjam dari kawan cikgu.Kadar sewa ini boleh runding mengikut jarak tempat dan bilangan hari menyewa.Ada less bah.Tolong cikgu untuk promosi.

Saturday, April 17, 2010

Hidup perlukan perubahan.Jadilah seperti seekor Lipas jangan jadi seekor Dinosour.

Tahun 2010 masih lagi dianggap mencabar dari segi perkembangan ekonomi.Kebanyakan negara masih bergelut untuk memulihkan ekonominya.Malaysia masih beruntung kerana tidak bergantung kepada satu sumber sahaja.Ini kerana Malaysia berjaya mempelbagaikan sumber pendapatannya sama ada dari segi pertanian mahupun perindustrian.Semua ini hasil kurniaan Tuhan yang melimpahkan sumber asli yang banyak di bumi Malaysia dan berkat kebijaksanaan para pemimpin negara dalam merancang ekonomi negara sejak merdeka.
Dalam kehidupan manusia,kita tidak boleh statik pada satu tahap sahaja.Kita harus mengikuti setiap perkembangan zaman asalkan tidak bercanggah dengan hukum Tuhan dan undang-undang negara.Jika kita melihat kepada kehidupan serangga seperti Lipas yang masih bertahan sehingga sekarang berbanding dengan Dinosour yang tinggal sejarah kerana kepupusan spesiesnya yang tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan yang sentiasa berubah.
Apa yang kita anggap begitu penting buat masa ini mungkin sudah tidak penting lagi pada tahun 2020 kelak.Tapi apa tidak bernilai pada masa kini mungkin bertukar nasib pada ketika itu.Kebolehan kita mahu berubah dan menyesuaikan dengan keperluan zaman boleh dilakukan dengan menggunakan ilmu dan perubahan sikap.Jika ditambah dengan sikap rajin menimba ilmu,maka ini merupakan nilai tambah bagi kita untuk terus bertahan dan menyesuaikan diri.

Saturday, April 10, 2010

Rumah Baru.

Memiliki rumah baru merupakan satu lagi pencapaian dan kemajuan dalam hidup apa lagi kalau seseorang itu sudah berumahtangga.Sama ada rumah tersebut kecil atau besar,apa yang penting dapat dihuni untuk anda sekeluarga.
Rumah merupakan aset yang nilainya akan sentiasa naik dan merupakan harta kekal seseorang individu atau keluarga.Nilainya hampir sama nilai dengan tanah yang harga sentiasa naik serta berharga.
Kawan-kawan cikgu mempunyai kecenderungan membeli rumah di kawasan bandar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Tidak kira mereka dari kalangan yang sudah berusia atau yang masih bujang,semuanya mereka bergantung kepada kesedaran serta perancangan yang rapi oleh seseorang.

Friday, April 2, 2010

Bulan Bahasa SMK Tandek 2010

Sepanjang bulan April ini,Unit Bahasa SMK Tandek akan mengadakan aktiviti Bulan Bahasa.Antara mata pelajaran yang terlibat mengadakan aktiviti ialah Bahasa Melayu,Kesusasteraan Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Kadazan Dusun, dan Bahasa Arab.
Menurut Ketua Bidang Bahasa Cikgu Editha Samuel,banayak aktiviti yang membabitkan semua mata pelajaran ini akan dilaksanakan.Antaranya ialah Bahas Ala Parlimen,Forum remaja,Pidato,Pesta pantun,Pertandingan Menulis Esei,Ulasan buku,Pertandingan mencipta dan mendeklamasi sajak dan pelbagai aktiviti lagi.
Iklan berkaitan aktiviti ini akan diumumkan melalui perhimpunan sekolah pada 5 April ini dan akan ditampalkan melalui papan kenyataan.Hadiah menarik berupa buku rujukan sekolah dan sijil akan diberikan kepada setiap pelajar yang menyertai semua aktiviti ini.
Majlis penutupan bulan bahasa akan diadakan pada penghujung bulan ini dan anataras kemuncak aktiviti bulan ini ialah Bicara Karya dengan menjemput penulis sebenar sajak "Di Kebun hayat" iaitu Encik Saibil Madun.Sajak beliau termuat dalam Antologi Bacalah Dalam Bahasamu Jilid B yang mnejadi teks pelajar aliran sastera Tingkatan Lima.
Bagi pihak Bidang Bahasa,kami amat mengalu-alukan penyertaan semua pelajar di samping kerjsama semua guru.