Sunday, September 13, 2009

Kehilangan rakan mengajar kerana berpindah.

Setelah mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Kertas I STPM ( Kesusasteraan Melayu Tradisional ) semenjak tahun 2004,saya begitu selesa kerana dapat menumpukan perhatian yang baik kepada kertas ini.Ini kerana kertas II iaitu Kesusasteraan Melayu Moden diajar oleh seorang rakan guru yang bernama Cikgu Mastura Yusuf.Tekanan juga agak kurang kerana kami mengajar bersama iaitu dua orang.
Akan tetapi pada awal tahun 2009,dia telah berpindah sekolah kerana mengikuti suaminya di tempat lain.Tempatnya digantikan oleh seorang rakan guru yang kemudiannya berpindah ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu kerana naik pangkat.Saya terpaksa mengambil alih mengajar untuk kertas II;terpaksa pula saya membeli buku rujukan dan membaca teks kerana masih belum pernah membaca serta mengajar bahagian/kertas II ini.
Apa yang saya rasakan ialah kehilangan seorang rakan sekerja dan betapa pentingnya peranan dia sebagai rakan sekerja.Kepada rakan sekerja saya ini,semoga dia berbahagia bersama keluarganya dan perpindahanmu amat dirasakan.

No comments:

Post a Comment