Saturday, January 30, 2010

Rezeki Anak Kelima Saya.

Alhamdulillah,ini rezeki saya yang disalurkan melalui anak saya yang kelima.Saya telah lulus PTK aras 4 pada bulan Mac 2009 dan perubahan kenaikan gaji akan dibuat pada bulan Januari 2010.
Saya telah lulus dalam peperiksaan ini bersama-sama dengan 7 orang rakan lain di sesi pagi dan petang iaitu En. Majaron Masial,En. Jefreson Jamilin,En. Abdul Malek Abdullah,En. Mihail Mosulin,Pn Noliah Atin,Pn. Siti Aini Tuah,Pn. Elim Saile dan saya sendiri.Sebenarnya ada beberapa orang lagi yang lulus dalam peperikksaan ini tetapi saya tidak ketahui kerana tidak ada surat penghantar mengenai senarai mereka yang lulus.
Apa-apapun,semoga kelulusan ini akan memberikan kami semangat untuk terus bertugas dengan lebih cemerlang.Bagi En. Abdul Malek Abdullah,beliau berjaya membuktikan bahawa peperiksaan ini boleh dipelajari memandangkan beliau telahpun lulus PTK Aras 2 ke aras 3 bersama dengan Pn. Noliah Atin.Tahniah untuk semua.

Saturday, January 23, 2010

Mat Salleh Juara !!!

Tanggal 22 Januari merupakan hari bersejarah buat Rumah Sukan Mat Salleh kerana dinobatkan selaku juara kejohanan sukan olahraga kali ke-22.Apa yang lebih membanggakan,Mat Salleh menjadi juara buat kali ketiga berturut-turut semenjak dari tahun 2008.
Kemenangan Mat Salleh begitu sengit kerana penentuan juara melibatkan hingga ke acara akhir.Mat Salleh menang kepada Rentap hanya dengan kelebihan pingat perak.
Apa yang lebih membanggakan,Rentap mendahului pada hari pertama dengan kelebihan 5 pingat emas manakala pada hari kedua mereka mendahului dengan 2 pingat emas.Akan tetapi mereka telah kalah pada hari terakhir.
Tahniah kepada Ketua Rumah Sukan Mat Salleh,En. Sungson Gantar,En. Arshad Alwi,Pn. Rinawati Maikol dan semua guru serta ahli rumah sukan Mat Salleh kerana memberikan kerjasama yang begitu baik.
Sesungguhnya Mat Salleh telah mencipta sejarah kerana kemenangan hatriknya.Guru rumah sukan Mat Salleh juga telah menjuarai Relay 4 X 100 antara guru-guru.
Kita berasa kasihan dan simpati dengan rumah sukan Mat Kilau yang mencipta sejarah yang kurang manis kerana langsung tidak memperolehi pingat emas.Guru dan ahli rumah sukan Mat Kilau perlu melakukan post mortem untuk memperbaiki keadaan ini.
Selamat berjuang untuk tahun 2011.

Tuesday, January 19, 2010

Kejohanan Sukan Olahraga Ke-22 SMK Tandek

Kejohanan ini akan berlangsung dari 19 hingga 21 Januari 2010.Pada hari pertama Rentap mendahului dengan 13 pingat emas diikuti oleh Mat Salleh dan Dol Said sebanyak 8 pingat emas.Mat Kilau nampaknya masih belum memperolehi sebarang pingat emas setakat ini.
Persaingan pada hari kedua sememangnya akan menjadi lebih sengit dan merupakan hari penting untuk mengejar punggutan emas dan menjarakkan punggutan.Mat Salleh selaku juara bertahan selama 2 tahun agak tertekan kerana agak ketinggalan setakat ini.Mat Salleh mengimpikan kejuaraan buat kali ketiga.Semua ini bergantung kepada kerjasama semua guru dan atlet serta strategi pasukan dalam setiap acara yang dipertandingkan.
Untuk semua warga SMK Tandek selamat bertanding !!!

Monday, January 11, 2010

Sibuk Pada Awal Tahun

Sebaik sahaja bermula tahun 2010,saya dan keluarga untuk membuat persediaan anak pergi ke sekolah semula.Apa yang menarik,anak saya yang sulung akan memasuki ke Tingkatan Satu.Barulah saya sedar yang saya semakin berusia dan punya tanggungjawab yang semakin besar.
Anak saya yang kedua pula akan memasuki ke Tahun 4,anak ketiga akan masuk ke Tahun 2 dan yang keempat akan masuk ke Tadika Satu.Perbelanjaan pakaian dan peralatan mereka boleh tahan juga.Nasiblah kita ada kedai murah seperti More Chance,YL dan Su Chung.
Walau bagaimanapun,saya bersyukur kerana dapat menyediakan keperluan mereka dan dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.Selamat Tahun Baru Untuk Semua Yang Mengenali Saya Di Seluruh Dunia.