Sunday, November 22, 2009

Rupanya aku sudah jadi bapa!!!

Pada 19 November yang lalu,saya telah mengambil keputusan peperiksaan UPSR untuk anak sulung saya.Alhamdulullah,keputusan anak saya baik;dapat 4A1B.Ini permulaan yang baik.Sebagai seorang pendidik,keputusan seperti sememangnya menjadi impian setiap ibu bapa di dunia ini.
Saya terus bergegas ke Kudat untuk mengambil borang permohonan ke MRSM.Syarat utamanya ialah A dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.Alhamdulilah kerana anak saya layak.Pada 23 November baru saya dapat mengisi dan mencetak secara online.Esoknya baru saya poskan dokumen yang diperlukan.
Pada 17 November yang lalu pula,isteri saya melahirkan anak yang keenam,alhamdulilah;anak lelaki.Kini saya mempunyai 4 orang anak gadis dan dua orang putera.Ini rezeki yang Tuhan kurniakan kepada saya dan keluarga.Kelebihan anak lelaki sebenarnya ialah sebagai penyambung nama keturunan keluarga di pihak lelaki.Yang lainnya sama sahaja.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah debaran seorang ayah dan ibu untuk mengetahui keputusan peperiksaan si anak setelah mereka berusaha.Sebenarnya,UPSR adalah peperiksaan awam yang pertama untuk semua kanak-kanak di Malaysia.Ada beberapa lagi peperiksaan awam yang perlu mereka lalui.Harapan kami sebagai seorang bapa dan ibu ialah mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi serta berjaya di dunia dan akhirat.
Rasa kesyukuran juga saya panjatkan kepada Allah s.w.t kerana banyak memberikan kepada saya rezeki,rahmat dan pelbagai anugerah yang sememangnya perlu saya syukuri.Anak adalah anugerah yang begitu besar nikmatnya.Perasaan seperti ini menjadi harapan bagi semua pasangan suami isteri di seluruh dunia.Debaran untuk menanti kelahiran anak juga satu pengalaman yang besar maknyanya.
Kepada semua yang mengenali saya,saya ucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Haji serta Hari Krismas;juga Selamat Tahun Baru 2010.Wassalam.

No comments:

Post a Comment