Saturday, November 14, 2009

Taklimat Bengkel Ko-Akademik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat Daerah Kota Marudu kepada Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Pada 11 dan 12 November 2009,satu sesi taklimat kepada semua Penolong Kanan Ko-Kurikulum Daerah Kota Marudu telalah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu.Taklimat ini disertai oleh 39 orang Penolong Kanan Ko-Kurikulum.
Taklimat ini dikendalikan oleh Pengerusi Teknik Bahasa Melayu Daerah Kota Marudu iaitu En. George Jod Bungas @ Mohd. Hirzi dan Pengerusi Teknik Bahasa Inggeris Daerah Kota Marudu iaitu Cik Chang Yee Shee.Taklimat selama dua hari ini mendedahkan kepada semua Penolong Kanan Ko-Kurikulum berkaitan pertandingan yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Bahas Ala Parlimen,Pidato Diraja,Syarahan,Perkampungan Bahasa Melayu,Forum Remaja,Pesta Pantun dan Bercerita bagi kategori Bahasa Melayu.Bagi kategori Bahasa Inggeris adalah seperti Action Song,Story Telling,Debate,Drama,Spell it right,Coral Speaking dan beberapa pertandingan lain.
Taklimat ini diadakan bagi tujuan memberi maklumat mengenai pertandingan seperti ini agar para Penolong Kanan Ko-Kurikulum memberi sokongan kepada semua aktiviti ini di peringkat sekolah,daerah,negeri mahupun kebangsaan.Para Penolong Kanan Ko-Kurikulum akan menjadi pakar rujuk di kalangan ketua-ketua panitia bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pertandingan ini di peringkat sekolah.Para Penolong Kanan Ko-Kurikulum juga boleh menjadi hakim di peringkat sekolah mahupun di peringkat daerah selepas ini kerana telah pun didedahkan dengan taklimat seperti ini.
Menurut Pengerusi Teknik Bahasa Inggeris Daerah Kota Marudu iaitu Cik Chang Yee Shee,kehadiran dan kerjasama di kalangan semua penolong kanan ko-kurikulum sangat baik sepanjang taklimat ini.Menurutnya lagi,satu taklimat lanjutan akan diberikan kepada semua Pengerusi Teknik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan diadakan pada bulan Januari 2010 bagi memberi pendedahan kepada mereka mengenai beberapa perubahan terbaru dalam pengendalian pertandingan.
Taklimat ini telah dirasmikan penutupannya oleh Ketua Unit Sektor Pembangunan Kemanusiaan Daerah Kota Marudu En. Gulkan Bisari.Menurut beliau,kita merupakan daerah pertama di Sabah yang berjaya mengadakan taklimat seumpama ini.Beliau berharap,para Penolong Kanan Ko-Kurikulum akan terus memberi sokongan dan kerjasama bagi melaksanakan aktiviti seperti ini untuk kepentingan pelajar mereka dan menyokong usaha kementerian.En. Gulkan juga memuji usaha yang dilakukan oleh kedua-dua Pengerusi Teknik dan urusetia mereka serta berharap agar terus bekerja keras untuk memastikan daerah Kota Marudu bersaing di peringkat negeri sama ada sebagai peserta atau penganjur.

Laporan disediakan oleh,



GEORGE JOD BUNGAS @ MOHD. HIRZI, 15 November 2009
Timbalan Setiausaha Taklimat.

No comments:

Post a Comment