Monday, November 30, 2009

Musim Cuti Musim Kahwin.

Cikgu menerima 3 jemputan kahwin dan satu jemputan kenduri arwah.Selain daripada itu,saya turut terlibat menguruskan majlis perkahwinan sepupu isteri saya yang akan dilangsungkan pada 6 November ini di Kampung Labuan,Kota Belud.
Pengantin lelaki dia agak berusia sudah iaitu 40 tahun.Dia sebenarnya OKU kerana pekak dan bisu.Apa menjadi keistimewaannya ialah dia rajin dan bijak menyiapkan sebarang kerja.Dia merupakan orang terawal bertugas dalam sebarang majlis kenduri dan dialah orang terakhir balik.Dia begitu disenangi
oleh saudara maranya kerana sifat rajinnya itu.Dua minggu sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung,kami dan saudara maranya yang lain sudah mula bergotong-royong membuat persediaan.Semua yang datang lebih kurang;mahu membalas jasanya selama ini.Semua mahu menghulurkan bantuan dari segi tenaga,idea mahupun sponsor dari segi material.
Kesimpulannya,benarlah jika kita berbuat baik secara ikhlas maka kita akan mendapat balasan baik dari orang yang kita pernah tolong.Kepada semua pengantin baru;kami ucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Friday, November 27, 2009

Masyarakat Malaysia Masih Mementingkan Institusi Kekeluargaan.

Pada 26 November 2009,saya dan keluarga dalam perjalanan balik ke rumah mertua saya di Kota Belud dari Kota Marudu.Banyak kenderaan yang berselisih dengan kami,mungkin menuju ke Kota Marudu,Pitas,Kudat,Paitan dan Sandakan.

Apabila menyedari keadaan ini,kami sependapat bahawa masyarakat Malaysia amnya dan khususnya di Sabah masih mementingkan intitusi kekeluargaan.

Sunday, November 22, 2009

Rupanya aku sudah jadi bapa!!!

Pada 19 November yang lalu,saya telah mengambil keputusan peperiksaan UPSR untuk anak sulung saya.Alhamdulullah,keputusan anak saya baik;dapat 4A1B.Ini permulaan yang baik.Sebagai seorang pendidik,keputusan seperti sememangnya menjadi impian setiap ibu bapa di dunia ini.
Saya terus bergegas ke Kudat untuk mengambil borang permohonan ke MRSM.Syarat utamanya ialah A dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.Alhamdulilah kerana anak saya layak.Pada 23 November baru saya dapat mengisi dan mencetak secara online.Esoknya baru saya poskan dokumen yang diperlukan.
Pada 17 November yang lalu pula,isteri saya melahirkan anak yang keenam,alhamdulilah;anak lelaki.Kini saya mempunyai 4 orang anak gadis dan dua orang putera.Ini rezeki yang Tuhan kurniakan kepada saya dan keluarga.Kelebihan anak lelaki sebenarnya ialah sebagai penyambung nama keturunan keluarga di pihak lelaki.Yang lainnya sama sahaja.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah debaran seorang ayah dan ibu untuk mengetahui keputusan peperiksaan si anak setelah mereka berusaha.Sebenarnya,UPSR adalah peperiksaan awam yang pertama untuk semua kanak-kanak di Malaysia.Ada beberapa lagi peperiksaan awam yang perlu mereka lalui.Harapan kami sebagai seorang bapa dan ibu ialah mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi serta berjaya di dunia dan akhirat.
Rasa kesyukuran juga saya panjatkan kepada Allah s.w.t kerana banyak memberikan kepada saya rezeki,rahmat dan pelbagai anugerah yang sememangnya perlu saya syukuri.Anak adalah anugerah yang begitu besar nikmatnya.Perasaan seperti ini menjadi harapan bagi semua pasangan suami isteri di seluruh dunia.Debaran untuk menanti kelahiran anak juga satu pengalaman yang besar maknyanya.
Kepada semua yang mengenali saya,saya ucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Haji serta Hari Krismas;juga Selamat Tahun Baru 2010.Wassalam.

Saturday, November 14, 2009

Taklimat Bengkel Ko-Akademik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat Daerah Kota Marudu kepada Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Pada 11 dan 12 November 2009,satu sesi taklimat kepada semua Penolong Kanan Ko-Kurikulum Daerah Kota Marudu telalah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu.Taklimat ini disertai oleh 39 orang Penolong Kanan Ko-Kurikulum.
Taklimat ini dikendalikan oleh Pengerusi Teknik Bahasa Melayu Daerah Kota Marudu iaitu En. George Jod Bungas @ Mohd. Hirzi dan Pengerusi Teknik Bahasa Inggeris Daerah Kota Marudu iaitu Cik Chang Yee Shee.Taklimat selama dua hari ini mendedahkan kepada semua Penolong Kanan Ko-Kurikulum berkaitan pertandingan yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Bahas Ala Parlimen,Pidato Diraja,Syarahan,Perkampungan Bahasa Melayu,Forum Remaja,Pesta Pantun dan Bercerita bagi kategori Bahasa Melayu.Bagi kategori Bahasa Inggeris adalah seperti Action Song,Story Telling,Debate,Drama,Spell it right,Coral Speaking dan beberapa pertandingan lain.
Taklimat ini diadakan bagi tujuan memberi maklumat mengenai pertandingan seperti ini agar para Penolong Kanan Ko-Kurikulum memberi sokongan kepada semua aktiviti ini di peringkat sekolah,daerah,negeri mahupun kebangsaan.Para Penolong Kanan Ko-Kurikulum akan menjadi pakar rujuk di kalangan ketua-ketua panitia bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pertandingan ini di peringkat sekolah.Para Penolong Kanan Ko-Kurikulum juga boleh menjadi hakim di peringkat sekolah mahupun di peringkat daerah selepas ini kerana telah pun didedahkan dengan taklimat seperti ini.
Menurut Pengerusi Teknik Bahasa Inggeris Daerah Kota Marudu iaitu Cik Chang Yee Shee,kehadiran dan kerjasama di kalangan semua penolong kanan ko-kurikulum sangat baik sepanjang taklimat ini.Menurutnya lagi,satu taklimat lanjutan akan diberikan kepada semua Pengerusi Teknik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan diadakan pada bulan Januari 2010 bagi memberi pendedahan kepada mereka mengenai beberapa perubahan terbaru dalam pengendalian pertandingan.
Taklimat ini telah dirasmikan penutupannya oleh Ketua Unit Sektor Pembangunan Kemanusiaan Daerah Kota Marudu En. Gulkan Bisari.Menurut beliau,kita merupakan daerah pertama di Sabah yang berjaya mengadakan taklimat seumpama ini.Beliau berharap,para Penolong Kanan Ko-Kurikulum akan terus memberi sokongan dan kerjasama bagi melaksanakan aktiviti seperti ini untuk kepentingan pelajar mereka dan menyokong usaha kementerian.En. Gulkan juga memuji usaha yang dilakukan oleh kedua-dua Pengerusi Teknik dan urusetia mereka serta berharap agar terus bekerja keras untuk memastikan daerah Kota Marudu bersaing di peringkat negeri sama ada sebagai peserta atau penganjur.

Laporan disediakan oleh,



GEORGE JOD BUNGAS @ MOHD. HIRZI, 15 November 2009
Timbalan Setiausaha Taklimat.

Sunday, November 1, 2009

Selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM 2009.

Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan ini khusus buat pelajar-pelajar saya di SMK Tandek,Kota Marudu,Sabah dan amnya kepada semua pelajar di seluruh Malaysia.
Pada minggu-minggu terakhir ini,apa yang saya boleh cadangkan kepada para pelajar ialah cuba menjawab soalan-soalan yang mirip peperiksaan sebenar,meneliti soalan-soalan tahun lepas untuk membiasakan diri dengan kertas soalan sebenar,cuba meneliti soalan-soalan ramalan yang anda dapat dari guru anda atau dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai.
Apa-apapun,setelah berada di tingkatan 4 dan 5 serta berada di tingakatan 6 rendah dan 6 atas selama ini;semuanya bergantung kepada anda sendiri.Anda perlu tenang dan menjaga kesihatan masing-masing.
Dengan penuh kerendahan hati,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika saya ada melakukan kesalahan dari segi pertuturan dan perbuatan semasa bersama-sama anda selama ini.Satu perkara yang perlu cikgu percaya,apa yang cikgu lakukan semata-mata untuk membantu anda berjaya dalam pelajaran anda !!!