Tuesday, February 22, 2011

Penyakit Gout dan Cara Merawatnya.

Saya mula mengalami penyakit Gout ini semenjak berusia 32 tahun.Sejak dari itu,saya amat tersiksa tidak dapat berjalan atau bergerak kerana bengkak yang berlaku di bahagian sendi.Lazimnya,bengkak tersebut akan berlaku di bahagian kaki hingga menyebabkan kita tidak dapat bergerak atau berjalan.Sebenarnya saya telah berusaha untuk mengubati penyakit ini dengan pelbagai ubat-ubatan tradisional mahupun moden.Malangnya penyakit ini berulang semula dan amat menyakitkan.Kaedah suntikan juga pernah saya gunakan pada awal saya mengalami penyakit ini.Akan tetapi,kaedah ini memberi kesan yang tidak baik kerana akan melemahkan tenaga batin seorang lelaki dan boleh merosakkan buah pinggang.
Pelbagai ubatan tradisional juga saya cuba apabila rakan-rakan menyarankan kepada saya.Begitu juga ubatan moden sama ada saya ketahui melalui internet mahupun dari ahli keluarga serta rakan-rakan.Namun semua itu tidak benar-benar dapat menyembuhkan penyakit ini.Setelah mencuba kaedah suntikan,saya beralih kepada makan pil dari klinik sahaja.Akan tetapi,kebanyakan daripada para doktor seolah-olah tidak dapat mencadangkan kaedah yang sesuai untuk mengubati penyakit ini dan ada juga yang mengambil peluang untuk melariskan ubat-ubatan mereka atau mereka juga mungkin bukan pakar dalam bidang ini.saya juga mencuba sejenis pil dari kedai ubat Cina tetapi tidak berkesan.
Akhirnya saya telah mengambil sejenis pil penahan sakit ( paint killer kalau tidak silap ) dan mengamalkannya dalam beberapa tahun.Akan tetapi,penyakit ini berulang semula dan seolah-olah pil penahan sakit ini akhirnya sudah tidak mujarab lagi.Mujurlah saya rajin minum air yang banyak bagi tujuan meneutralkan Asid Urik yang ada dalam tubuh saya.Sebenarnya,kandungan normal Asid Urik dalam tubuh manusia ialah sekitar 155 hingga 428.Akan tetapi,apabila kandungan Asid Urik anda mencapai pada angka 400,keadaan anda akan menuju ke arah gejala penyakit ini.
Setelah mengalami penyakit ini selama 10 tahun pada tahun 2011 ini,akhirnya saya membuat sedikit kajian dan muhasabah diri untuk mengetahui apakah sebab penyakit ini menyerang saya.Sebenarnya,saya mula bertugas di SK Pulau Balambangan selama 1 tahun,di SK Tagibang selama 4 tahun dan di SK Sampir selama 5 tahun;apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah tabiat makan saya selama bertugas di sekolah pedalaman ini jika dijumlahkan selama 10 tahun.Ketika saya bertugas di kawasan pedalaman,tabiat makan saya kurang baik dan dipengaruhi oleh sikap malas dan kesukaran mendapat bekalan makanan serta tidak ada kedai makan yang berhampiran.Pada ketika itu,kebanyakan dari kami akan membeli secara pukal/banyak tiga jenis makanan iaitu Ikan Sardin,Maggi dan Telur secara tetap setiap bulan dan sepanjang tahun.Ini kerana kami malas memasak dan tidak ada pasar ikan atau pasar sayur yang berdekatan,almaklumlah di kawasan pedalaman.Jika dikaji,Ikan Sardin mengandungi kandungan Asid yang tinggi dan menyumbang kepada gejala penyakit ini.Maggi pula yang cepat dimasak dan sedap dimakan mengandungi garam yang tinggi.Manakala telur pula mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi.Gabungan ketiga-tiga jenis makanan inilah yang menyumbang kepada penyebab sakit Gout saya.Walau bagai manapun,faktor kurang bersenam dan obesiti juga turut menyumbang kepada faktor penyakit ini.Jika anda aktif dalam bidang sukan dan mengalami kecederaan di bahagian kaki,risiko untuk mendapat penyakit ini amat tinggi.Anda tidak dapat bersenam dan badan anda akan menjadi gemuk kerana tidak ada aktiviti fizikal/senaman yang berterusan setelah mengalami kecederaan.
Apapun penyebabnya,saya teringat kata-kata seorang rakan karib saya yang mengatakan bahawa inilah balasan dosa kita di dunia dan ujian kepada kita.Kita harus menerima hakikat bahawa ini adalah ujian Allah kepada kita dan kita harus redha tetapi mesti berusaha untuk mengatasinya.Memang ada hikmah jika kita mengalami penyakit ini.Setiap penyakit ada ubatnya kecuali maut/mati.
Akhirnya,pada 17 Febuari 2011 yang lalu saya telah ke Hospital Kota Marudu dan memeriksa kandungan Asid Urik saya dalam darah dan mendapati kandungannya sebanyak 518 dan memang tinggi.Saya telah diberikan ubat menghilangkan bengkak dan ubat Gout untuk dimakan selama sebulan.Selepas itu,saya perlu berjumpa doktor untuk memeriksa semula kandungan Asid Urik dalam darah dan akan diuji sama ada perlu tukar jenis ubat/pil atau sebaliknya.Seolah-olah setakat ini,kaedah ini serasi dengan saya dan lebih tenang untuk meneruskan hidup ini.Kepada rakan-rakan pesakit,saya bersedia untuk berkongsi pengalaman dan cerita dengan anda kerana saya amat menderita dan bersimpati dengan rakan-rakan yang turut mengalami penyakit seperti ini.Anda boleh menghubungi saya di talian 010-9549160.

Pemergian Ibunda Tercinta

Pada 28 Januari 2011,emak saya terjatuh ketika buang air kecil.Ini menyebakkan pendarahan di bahagian belakang kepala.Emak dikejarkan ke hospital dan tidak sedarkan diri sejak dalam perjalanan ke hospital dan akhirnya dia disahkan meninggal duni pada pukul 3.40 petang hari yang sama.
Sesungguhnya kepergian emak ditanggisi oleh semua adik beradiknya,anak-anaknya,suaminya,menantu-menantunya,cucu cicit dan semua kenalannya.Emak meninggal pada usia 85 tahun,usia yang mungkin jarang dicapai oleh orang-orang sekarang.
Emak dikebumikan dengan penuh istiadat kafir kerana dia tidak ada agama.Sebagai penghormatan terakhir,kami telah cuba menguruskan segala urusan dengan penuh kerjasama dan kasih sayang.
Terima kasih emak,bagi kami kau adalah wira di hati kami yang menjadi lagenda bagi seluruh anggota keluarga yang keseluruhannya mengakui kebijaksanaannya menguruskan kewangan keluarga,sebagai pakar rujuk,pendamai,teladan yang baik,pemikir dan segalanya bagi kami.Semoga emak akan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
Kepada semua yang terlibat ketika menguruskan emak kami secara langsung atau tidak langsung;kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.Segala sumbangan anda dari segi material,tenaga dan sokongan moral kami ucapkan terima kasih.

Saturday, January 8, 2011

Tahun 2011,Tahun Cemerlang

Jika kita melihat kepada angka no. 1 yang terdapat pada tahun 2011;angka in menunjukkan no. 1 dan membawa maksud apa sahaja yang kita lakukan akan menjadikan kita yang terbaik.Jadi,marilah kita sama-sama melaku dan melaksanakan sesuatu pada tahun ini dengan lebih baik dan terbaik.Sesungguhnya marilah kita mencapai matlamat hidup dan cita-cita kita dengan bersungguh-sungguh.
Untuk menjadi yang terbaik,kita harus merancang awal semua program dan meggumpul maklumat yang perlu untuk melaksanakannya dengan baik dan terbaik.Sebenarnya maklumat tersebut kita boleh perolehi di hujung jari melalui laman web dan rujukan kepada mereka yang pakar dalam bidang tersebut.
Sesungguhnya matlamat untuk menjadi yang terbaik perlu ada dalam bayangan minda kita sebagai satu impian yang perlu direalisasikan melalui tindakan.Zaman bercakap itu dan ini sudah tidak releven lagi.Kadangkala zaman mengampu sana mengampu sini seringkali tidak sesuai lagi.Orang sekarang mahu bukti.Kata orang bukan tong kosong tapi isi.
Apa-apapun,sempena tahun 2011 ini rasanya belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Menjadi Yang Terbaik di tahun ini.

Tuesday, December 28, 2010

Ketabahan Menghadapi Dugaan Hidup

Dalam kamus kehidupan kita,kita sering mengimpikan sesuatu yang indah,baik,menggembirakan dan macam-macam lagi yang baik-baik.Hakikatnya kehidupan ini tidaklah seperti yang bayangkan.Walau bagaimanapun kita cuba merancang dan melaksanakan apa yang cuba kita impikan;ada saja penghalangnya kerana kita saling berkaitan serta bertautan juga dengan individu lain.Oleh itu,tentu saja ada penghalangnya kerana hati dan perasaan manusia itu tidak sama dan berbeza-beza.Dengan adanya perbezaan seperti ini,maka timbullah konflik atau halangan yang menjadi cubaan atau halangan perjalanan kita.
Kesabaran merupakan kunci kepada segala permasalahan tersebut.Kesabaran itu sebhagian dari iman yang kita perolehi dari amal ibadat kita yang melatih kita supaya boleh bersabar.Kehidupan inipun satu peluang yang diberikan kepada kita untuk singga sebelum berpindah ke alam kubur seterusnya ke alam akhirat.Akan tetapi,majoriti daripada kita sering memilih hidup lama dan melupakan Qadha dan Qadar.

Rahsia Kita Sentiasa Awet Muda,Menyesuaikan Diri Dengan Zaman Dan Sentiasa Bermotivasi.

Jika hendak sentiasa kelihatan muda,anda harus bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.Ketepikan alasan anda sibuk itu dan ini.Senaman membolehkan anda release tension,membolehkan perpeluhan dan perkumuhan lancar dan otot akan tegang semula setelah bersenam.
Bagi membolehkan kita sentiasa dapat menyesuaikan diri dengan semua situasi atau golongan,kita perlu banyak membaca dan bergaul.Ilmu yang kita perolehi dari bahan bacaan akan membolehkan kita berbicara sesuatu isu tanpa batasan kerana kita ada ilmu yang up to date.Tidak kiralah isu semasa,politik,agama,sukan,fesyen dan sebagainya.Jangan lupa untuk menghadiri majlis sosial atau rasmi bagi mempraktikkan ilmu bergaul/pergaulan/berkomunikasi.Buat sedikit kajian berkaitan adat dan agama golongan lain.
Apa yang kita perlu sedari ialah perkembangan dan kemajuan dunia yang begitu cepat.Kata orang maklumat di hujung jari,carilah maklumat berkaitan motivasi yang boleh memotivasikan diri kita.Terdapat banyak buku motivasi di pasaran.Apa salah kalau kita membeli sekali-sekala buku-buku motivasi ini dan bertukar-tukar buku dengan rakan-rakan.Kita harus berfikiran Happy Go Lucky dan sentiasa mengikuti perkembangan fesyen.Apa yang lebih penting juga ialah kita melupakan amal dan iman kita mengikut agama masing-masing agar kita tidak terpesong dengan arus kemodenan yang boleh menyesatkan.Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Mesyuarat Keluarga Bungas & Supinah Kali Ke-2,2010.

Anda dijemput menghadiri mesyuarat tersebut mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 30 Disember 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat: Rumah Keluarga

Agenda:

01. Ucapan Pengerusi
02. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
03. Laporan Setiausaha.
04. Laporan Bendahari.
05. Perancangan Aktiviti Tahun 2011.
06. Penubuhan AJK Cucu-Cucu Bungas & Supinah.
07.. Hal-hal lain

Kehadiran kesemua AJK mesyuarat adalah wajib.Anda dikehendaki membawa bersama suami/isteri dan seorang anak dewasa untuk perbincangan aktiviti perjumpaan di kalangan cucu-cucu Bungas & Supinah.Kehadiran anda menggambarkan komitmen dan kerjasama anda.

Yang benar,


GEORGE JOD BUNGAS 28 Disember 2010
Setiausaha

Perancangan Tahun 2011.

Pengalaman saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini,perancangan awal menghadapi tahun baru dari segi tugas dan aktiviti sepanjang tahun 2011 menjadikan kita lebih bersedia dan berdaya saing.Kebanyakan pentadbir atau majikan yang berjaya kerana perancangan awal mereka.Perancangan yang dibuat mestilah realistik dan jangan terlalu banyak sangat kerana takut tidak dapat dilaksanakan.Lazimnya,ada beberapa perkara yang kita boleh rancang awal kerana perkara ini merupakan perkara atau tugasan yang berulang.Apa-apa,Selamat menghadapi tahun baru 2011.Selamat merancang dan semoga berusaha serta beroleh kejayaan di tahun 2011 ini.