Friday, March 23, 2012

Sakit,Kerjaya & Masa Depan

Dua minggu lalu saya terlantar sakit kerana gout lagi,kali ini agak teruk dan menyebabkan saya tidak dapat pergi bekerja.Terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dan berubat kampung.Syukur kerana saya semakin sembuh dan mula bekerja,namun kecergasan dan prestasi kerjaku agak terjejas sehingga disindir oleh majikanku.Apa boleh buat,kerana ini semua di luar kawalanku.Aku bukan sengaja untuk bertangguh atau malas-malas.Apa boleh buat,inilah asam garam hidup di dunia;kita akan sakit kerana diingatkan dan ada hikmah disebaliknya.
Kerjayaku sebagai Pengurus Kualiti atau Ketua Unit Jaminan Kualiti ada turun dan naiknya,ada pasang dan surutnya;sebenarnya saya bertekad untuk melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan merupakan unit baru.Tapi pengalamanku sebagai pentadbir masih perlu diperbaiki dan kesihatanku perlu diperbaiki juga.Tapi hakikatnya,saya bukan jenis pekerja yang suka mengampu bos dan tidak suka berpura-pura rajin masa bos ada;saya tidak suka membentuk blok atau kumpulan dalam satu pasukan - saya mahu ngam dengan semua pihak.Saya berpegang pada prinsip kerja sebagai satu ibadah dan tanggungjawab.Kita tidak perlu memfitnah,menindas orang lain,menggertak orang lain,menganiaya orang lain dan sebagainya semata-mata untuk naik pangkat atau dipandang mulia atau dihormati oleh orang lain.Oleh kerana saya datang dari keluarga orang susah dan meniti kerjaya dari bawah;saya tidak akan lupa diri dan berlagak kerana saya tahu asal-usul saya.Betulkan niat dan terus berusaha;Allah akan melapangkan jalan kejayaan dunia dan akhirat.
Saya juga mempunyai impian masa depan yang berterusan selagi jantung masih berdenyut;impian saya ketika ini ialah berjaya dalam bidang kerjaya sekarang,memastikan anak-anak berjaya dalam bidang masing-masing,memastikan keluarga dalam keadaan yang baik dan bahagia.Saya harus menyumbangkan sesuatu kepada diri saya,anak-anak,keluarga,kaum saya,masyarakat,kampung,daerah,zon,negeri,negara dan di peringkat dunia kalau mampu.Hidup perlu diteruskan walau apapun rintangannya;hadapi segala cabaran setelah berusaha bersungguh-sungguh dan berserah kepadanya.
Selamat meneruskan hidup;hidup perlu diteruskan seadanya bergantung kepada usaha kita dan rezeki yang dikurniakan kepada kita.Allahhuakbar ...... 10 X

Friday, February 10, 2012

Kehidupan berkeluarga dan kerjaya.

Pertama sekali saya panjatkan kesyukuran kerana dipanjangkan usia walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.Tapi kalau tidak ada ujian;itu mungkin bukan sebuah kehidupankan.Ujian-ujian inilah yang akan mematangkan kita pada masa-masa akan datang jika kita sentiasa belajar darinya.
Dalam kehidupan berkeluarga,saya dan isteri tengah rancak menghadapinya.Dengan anak seramai 5 orang,agak mencabar juga untuk menguruskannya.Teringat pula saya bagaimana kedua ibu bapa saya membesarkan kami seramai 10 orang dalam keadaan serba kekurangan tapi berjaya memberikan kami pendidikan formal.Barulah saya sedar kenapa tidak ramai lagi yang mahukan anak ramai;mereka hanya mahu anak 2 orang sahaja supaya senang menjaga.Tapi,tidak apa;setiap anak ada rezekinya.Sekurang-kurangnya,saya dapat zuriat separuh daripada bilangan kami adik beradik.Pada zaman ini,5 orang anak tu kira ramai sudah.Pelbagai karenah dan perhatian serta keperluan yang perlu ditunaikan;pelbagai perasaan yang menjelma seperti gembira,sedih,gelihati dan bermacam-macam lagi tapi itulah asam garam kehidupan yang mewarnai suasana.Cuma kita dikurniakan Allah s.w.t akal dan fikiran untuk menanganinya.
Dalam kerjaya,kita didorong oleh rasa tanggungjawab kita terhadap kerja.Bagi mereka yang bekerja di pejabat perlu bijak mengatur masa.Tapi saya merasakan kerja di sekolah lebih rileks kerana ada cuti sekolah.Saya bersyukur kerana semakin faham dan serasi dengan bidang tugas saya serta semakin seronok bekerja.Apa-apapun selamat melayari alam berumahtangga dan berkerjaya.Selamat berjaya untuk semua ....

Thursday, January 5, 2012

Selamat tahun Baru 2012

Kedatangan tahun baru merupakan satu perkara biasa namun apa yang lebih penting ia merupakan gambaran pelbagai tafsiran mengikut keperluan individu itu sendiri.Bagi saya,mengingatkan kita mengenai usia yang semakin bertambah dan azam baru pada tahun ini.Saya berazam untuk berusaha lebih tahun ini.Saya ingin menunjukkan keupayaan dan kemampuan sebenar saya pada tahun ini.Apa-apapun,Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua.

Wednesday, December 14, 2011

Keperluan berhijrah dan perubahan sikap

Tirai tahun 2011 semakin hampir melabuhkan mentarinya dan akan muncul tahun baru tahun 2012;sebagai manusia biasa kita harus mensyukuri kerana dapat melalui tahun ini walau dengan apa cara serta pencapaian masing-masing.Kita bersyukur kerana diberi umur yang panjang dan peluang untuk terus hidup di muka bumi ini.
Keperluan berhijrah dari sikap bertangguh,pemalas dan tidak mahu bersaing perlu diketepikan serta diperbaiki.Semua ini disebabkan oleh faktor usia,kesihatan dan tidak ada motivasi baru dalam diri.Hijrah sebenarnya perlu berlaku secara terancang,dan didokumentasikan kerana manusia sering menjadi pelupa kerana faktor usia atau faktor semulajadi.Hijrah sikap,pemikiran dan tindakan perlu bagi memastikan kita terus bersaing di muka bumi ini dari segi kerjaya,berkeluarga,bersosial dan pelbagai aspek lain.Apa yang kita pelajari pada masa lalu seringkali tidak sesuai atau tidak releven lagi dengan situasi pada masa kini,Konsep ilmu sentiasa sentiasa berkembang dan berkembang serta perlu disebarkan kepada orang atau generasi secara berterusan.
Kita juga berhadapan dengan kesukaran mengubah sikap yang kurang positif sama ada kita perolehi dari didikan keluarga atau kelemahan diri semuanya boleh diperbaiki jika ada kemahuan dan usaha yang gigih.Sikap adalah sifat yang boleh diubah dan bergantung kepada individu tersebut untuk berubah atau sebaliknya.Tepuk dada tanya selera!
SELAMAT BERHIJRAH DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

Saturday, November 26, 2011

Bercuti Bersama Keluarga di Beaufort

26 November 2011 - Beaufort;saya membawa keluarga ke daerah ini untuk bercuti.Bercuti dalam negeri sahaja.Percutian ini amat besar maknanya kerana kami sekeluarga dapat berkumpul dan mengeratkan lagi silatturahim.Saya dan isteri sibuk bekerja sepanjang tahun;anak-anak pula bersekolah.Inilah peluang kami bersama-sama.Kami bercadang ke daerah Sipitang dan kalau dapat terus ke Lawas,Sarawak.Semoga percutian ini akan mencapai objektif kami dan selamat kembali ke destinasi tanpa masalah.

Monday, October 31, 2011

Majlis Penerangan Perdana

Pada hari Ahad yang lalu bersamaan dengan 30 November,kami rombongan dari PPD Kota Marudu telah menghadiri majlis ini di UMS.Kesesakan berlaku bermula dari lampu isyarat UMS hinggalah ke dewan tempat kami mendengar taklimat.Dianggarkan seramai 7000 orang telah dijemput menghadiri majlis ini.Ada yang datang dengan bas yang disewa khas,bas milik parti UMNO,tidak ketinggalan wakil dari NGO dan wakil dari seluruh pelusuk negeri Sabah.
Majlis penerangan berkisar kepada dasar-dasar kerajaan dan peranan rakyat Malaysia dalam membantu kerajaan melaksanakan tugas mereka.Majlis bermula pukul 8.00 pagi hingga pukul 2.30 petang.Majlis ini dirasmikan oleh Tan Sri Muhyidin Yusin dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah serta pemimpin-pemimpin politik persekutuan dan negeri.Kami juga diberi sedikit cenderamata kenang-kenangan dan dijamu dengan makanan.

Saturday, October 22, 2011

Audit Pematuhan MS ISO 9001:2008 PPD Kota Marudu

Audit ini akan bermula pada 24 Oktober hingga 11 November 2011 melibatkan 39 buah sekolah di daerah Kota Marudu.Audit ini melibatkan 54 orang juruaudit terlatih yang terdiri dari Guru Besar,Penolong Kanan,Pengurus Kualiti Sekolah dan guru-guru.Mereka akan mengaudit PK 01 Kehadiran Guru,PK 03 Buku Rekod Guru,PK 04 Pencerapan,PK 06 Buku Latihan Murid dan PK 07 Pengurusan Panitia.
PPD Kota Marudu merupakan perintis kepada sistem ini dan mula dipraktikkan di daerah ini sejak 2010.Pada tahun 2011,Pengarah Pelajaran Sabah telah mengarahkan sistem ini diperkenalkan di seluruh Sabah dan dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.
Sesungguhnya sistem ini memberi banyak manfaat kepada murid sebagai pelanggan utama di sekolah.Selain daripada itu,para pentadbir di sekolah dibantu untuk mengurus kakitangannya sama ada di kalangan guru mahupun anggota kakitangan sokongan.Kepada semua juruaudit diucapkan selamat menjalankan tugas.