Wednesday, July 8, 2009

Konsep Dan Istilah Kesusasteraan Melayu

Konsep Dan Istilah Kesusasteraan Melayu.

 Adegan – bahagian daripada babak dalam drama atau lakonan.
 Akronim – kata singkatan daripada beberapa perkataan yang berurutan.Contohnya;cerpen merupakan singkatan daripada cerita pendek.
 Aksi menegak – tindakan atau perlakuan yang menuju ke klimaks.
 Aksi menurun – tindakan atau perlakuan selepas puncak cerita dicapai.
 Anakronimisme – Fakta sejarah yang tidak tepat dalam karya sastera.Contohnya,kewujudan kerajaan Majapahit tidak sama dengan kewujudan kerajaan Melaka
 Antagonis – watak yang menentang watak utama.
 Babak – bahagian-bahagian dalam drama ( setiap babak ada beberapa adegan )
 Cerita berbingkai – cerita yang diselitkan dalam cerita lain ( cerita dalam cerita )
 Didaktik – mengajar atau mendidik.
 Dialog – pengucapan watak dengan watak yang lain.
 Eksposisi – bahagian permulaan atau pengenalan dalam urutan plot.
 Formalistik – aliran kritikan sastera yang menekankan bentuk,struktur,gaya dan kesan psikologi.
 Genre – jenis,cabang atau bidang sastera atau seni.Contohnya;sajak,novel,drama dan cerpen.
 Humanisme – aliran pemikiran yang memberikan keutamaan terhadap manusia dan kemanusiaan.Pergolakan jiwa dan permasalahan manusia diberi perhatian yang lebih berat daripada aspek lain.
 Imbas kembali – peristiwa atau kejadian yang digambarkan semula melalui penceritaan semula seperti mimpi,kenangan dan ingatan.
 Imbas muka – bayangan yang membolehkan pembaca atau penonton meramalkan sesuatu yang akan berlaku.
 Klimaks – bahagian dalam cerita yang yang menimbulkan tindakbalas emosi tertinggi ( puncak ) daripada pembaca atau penonton.
 Konflik – pertentangan antara watak atau pihak dalam plot cerita.Dibahagikan kepada dua jenis iaitu konflik dalaman dan luaran.
 Klise – ungkapan atau kata-kata yang terlalu biasa digunakan
( basi ).Contohnya, Lautan api akan ku renangi.

Kritikan sastera – kegiatan atau tulisan yang membicarakan
penilaian,penganalisisan dan pentafsiran terhadap karya
sastera.
 Struktulis – aliran kritikan yang berdasarkan penelitian pada ciri-ciri teori linguistik.
 Latar – semua maklumat berkaitan dengan waktu,ruang,tempat,suasana dan masyarakatterjadinya aksi dalam karya.
 Mesej – amanat.
 Monolog – pengucapan oleh seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya sendiri.
 Nada - rasa hati penyair seperti marah,sedih,rindu dan saying.Jenis nada adalah seperti sinis,protes,melankolik,nostalgis dan romantis.
 Naratif – kisah atau cerita tentang peristiwa,pengalaman dan sebagainya.Contoh,hikayat,cerpen,novel dan drama.
 Pathos – penderitaan yang membangkitkan kesedihan,belas kasihan,kedukaan dan lain-lain.
 Peleraian – penyelesaian yang membawa kepada pengakhiran sesebuah cerita.
 Pot – jalan cerita atau rentetan peristiwa.
 Sinopsis – ringkasanvsesebuah cerita yang menggambarkan keseluruhan cerita.
 Tema – Gagasan fikiran atau persoalan utama/pokok yang mendasari karya.Contohnya,perjuangan,keagamaan,kemasyarakatan dan lain-lain.
 Wit – Pengucapan atau perlakuan yang melucukan dan menghasilkan kesan menarik kepada penonton atau pembaca.


GAYA BAHASA.

Gaya bahasa merupakan corak,bentuk atau rupa sesuatu bahasa iaitu meliputi aspek-aspek kesesuaian penggunaan perkataan,frasa dan ayat dalam situasi tertentu.

 Anafora-pengulangan kata di awal baris.
Contohnya,Tiap estet menghipunkan susu getah,Tiap lombong melonggokkan bijih,Tiap bank nyaman menghintung untung
 Epifora-pengulangan perkataan di akhir baris.
Contohnya,Fajar hilang ditelan enjin dan sibuk kota,Tawaku kemarau didada kota.
 Diksi-pilihan kata yang bersesuaian dengan makna dan dapat mempertingkatkan keberkesanan dengan gagasan yang disampaikan.
 Hiperbola-kiasan yang digunakan dalam menyatakan sesuatu tidak secara tepat tetapi berlebihan-lebihan.
Contohnya,Darah mengalir menganak sungai,Marahnya menyala-nyala.
 Hybrid-penggabungan dua patah perkataan.Contohnya,mimpiwangi,ajuksenja.
 Inversi-membalikkan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu.Contohnya,Terasa sekali dingin angin =Angin terasa dingin sekali.

 Metafora-perkataan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna lain.Sesuatu objek diberikan sifat secara kiasan.Pada kebiasaannya mengandungi 2 patah perkataan yang bersifat konkrik dan abstrak.Contohnya,Jentera ingatan,gunung harapan,pantai kasih
 Personafikasi-unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia kepada benda,haiwan dan tumbuhan (gaya pengorangan).Contohnya,Daun nyiur melambai –lambai,Mentari tersenyum riang.
 Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan.Melukiskan sesuatu dengan mempergunakan benda lain sebagai lambang.Bertujuan memindahkan sifat seseorang atau sesuatu kepada yang lain.Contohnya,’Merpati’ melambangkan ‘kebebasan’ dan ‘Gunung’ melambangkan ‘cita-cita.’
 Simile-kiasan yg digunakan untuk membandingkan sesuatu yg lain dengan menggunakkan kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana dll.Contohnya,badannya kurus seperti lidi.
 Sinkop-pemendekan @ penyingkatan sesuatu kata.
Contohnya,hendak = nak, sahaja = saja Matahari = mentari











UNSUR BUNYI.

o Aliterasi – pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris-baris puisi.Contohnya, Menghantar bahtera ke segara darma.
( 4 kali pengulangan bunyi/huruf konsonan ‘r’ )

o Assonasi – pengulangan bunyi/huruf vokal ( a,e,i,o,u ) dalam baris-baris puisi.Contoh, Aku sama menagih kemerdekaan kekasih.

o Rima – persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih dalam puisi.
Contoh,simpan/lipan,rumah/lemah.Skema bunyi pada baris-baris
dalam rangkap-rangkap puisi.Contoh,rima akhir bagi pantun =
a/b/a/b.Rima akhir bagi syair = a/a/a/a.

o Jeda – merupakan hentian suara sekejap dalam penuturan untuk menandai batas hubungan bahagian-bahagian ayat.Contoh jeda dalam pantun ; Anak itik / di dalam peti,
Berhati baik / murah rezeki.

BENTUK

 Distikon – sajak yang ditulis dua baris serangkap.
 Terzina/Terset – mengandungi tiga baris serangkap.
 Kuantrin – sajak yang mengandungi empat baris serangkap.
 Quintain – rangkap puisi yang terdiri daripada lima baris.
 Sestet – rangkap puisi yang mengandungi enam baris.
 Septet – puisi yang ditulis dalam bentuk tujuh baris setiap rangkap.
 Oktaf – rangkap puisi yang mengandungi lapan baris.







Jumlah baris setiap rangkap Istilah Khusus
2
3
4
5
6
7
8 Distikon
Terzina
Kuantrain
Quintain
Sestet
Septet
Oktaf


WATAK.

 Perwatakan – gambaran keseluruhan sifat-sifat watak yang ditonjolkan dalam cerita seperti kelakuan,perasaan,latar belakang,cara berfikir dan lain-lain.
 Watak – manusia atau pelakon yang menggerakkan sesebuah cerita.Contoh,manusia,haiwan,tumbuhan,benda,makhluk asing dan lain-lain.
 Protagonis – watak utama dalam sesebuah karya ( boleh diwakili oleh watak baik atau watak jahat ).
 Antagonis – pihak yang menentang watak utama sehinggabmunculnya konflik.
 Bulat/bundar – memiliki sifat-sifat manusia biasa seperti alim,cemburu,bengis,sopan,dengki dan lain-lain.
 Dinamik – watak yang sentiasa berubah dan memajukan dirinya daripada keadaan kurang baik kepada yang lebih baik.Contoh,watak pencuri berubah menjadi baik setelah mendapat petunjuk ilahi.




 Kodi – watak pembantu yang berada di sekitar watak utama dan sifatnya hampir sama dalam semua cerita, spt. dayang yang setia, putera raja yang kacak dan sakti, khadam yang bodoh pandai , ibu tiri yang kejam dll.
 Statik – watak yang tidak mengalami sebarang perubahan dari awal hingga akhir cerita spt. seorang pencuri terus mencuri hingga ke pengakhiran cerita walaupun sesudah di penjara.
 Putih – watak yang senriasa melakukan tindakan positif,baik dan disenangi oleh watak lain.
 Hitam – watak negative yang sentiasa melakukan tindakan yang disenangi oleh watak lain.


NADA

Nada dalam puisi merupakan tinggi rendah tekanan suara yang berhubung dengan perasaan penyair ketika menulis,atau membaca puisi atau sajak.

- Nada melankolik – Menggambarkan hati yang sedih,murung,mendayu-dayu dan hiba.Nada begini biasanya sesuai untuk puisi yang mengemukakan penderitaan dan kehampaan.
- Nada Protes – Mengambarkan hati yang menentang dan memberontak.Tekanan suara yang digunakan tinggi dan pantas serta mengemukakan persoalan ketidakadilan dan kekejaman yang menimbulkan kemarahan dan kebencian.
- Nada Romantis – Menggambarkan hati yang tenang dan damai.Tekanan suara berselang seli tinggi dan rendah.sesuai untuk mengemukakan persoalan berhubung dengan peristiwa indah,kasih saying,harapan dan impaian.
- Nada Sinis – Menggambarkan hati yang kurang senang.Tekanan suara agak rendah dan perlahan untuk mengemukakan persoalan yang tidak dipersetujui. Kata-kata penuh dengan sindiran yang halus dan tajam.
- Nada Patriotik – menggambarkan hati yang bersemangat,menggunakan tekanan suara yang tinggi bersemangat.Biasanya puisi ini mengemukakan persoalan perjuangan dan cita-cita yang tinggi serta berani.



































Konsep & Istilah Kesusasteraan Melayu.
( Sesuai untuk pelajar Kesusasteraan Melayu peringkat SPM/STPM dan Bahasa Melayu KOMSAS peringkat PMR/SPM )



Disediakan oleh,

George Jod Bungas @ Mohd. Hirzi,
Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu,
SMK Tandek,Kota Marudu,Sabah.
1 Januari 2009.

“ SENI UNTUK MASYARAKAT ”











Catatan

No comments:

Post a Comment